fbpx

Posts Tagged: misi kemanusiaan HALUAN

Bantuan Diagihkan Di Antakya

Bantuan Diagihkan Di Antakya

HATAY, TURKI, 10 Dis 2014 – Hari pertama pengagihan bantuan kepada pelarian Syria di sempadan Turki telah disempurnakan oleh enam relawan HALUAN dalam kempen Bantuan Musim Sejuk 2014 Untuk Gaza dan Syria. Hatay, dikatakan wilayah pertanian yang paling subur di Turki, menempatkan lebih 300,000 orang pelarian dan sehingga kini masih menjadi destinasi mangsa-mangsa serangan ganas …

Pasukan Kedua Relawan Berlepas ke Lubnan dan Sempadan Turki

Pasukan Kedua Relawan Berlepas ke Lubnan dan Sempadan Turki

BANDAR BARU BANGI, 9 Disember 2014 — Pasukan kedua Misi Bantuan Musim Sejuk Gaza-Syria telah berlepas ke sempadan Turki dan Lubnan semalam. Pasukan misi kali ini disertai oleh seorang doktor, tiga relawan dan dua petugas media tiba di Istanbul pada pukul 11:00 pagi waktu Istanbul. Perlepasan pasukan relawan dilengkapkan dengan bacaan doa oleh Ustaz Umar …

Pasukan Misi Bantuan Musim Sejuk Tiba Ke Destinasi

Pasukan Misi Bantuan Musim Sejuk Tiba Ke Destinasi

AMMAN, JORDAN 26 Nov 2014 — Pasukan Misi Bantuan Musim Sejuk 2014 Untuk Gaza dan Syria selamat tiba di Amman, Jordan semalam setelah transit di Dubai. Ketibaan pasukan seramai tujuh orang relawan misi disambut dan diraikan oleh para pelajar daripada Kelab Siswa HALUAN Jordan (HALUANSiswa Jordan) yang akan turut membantu urusan pasukan sepanjang misi ini …

HALUAN Lancar Bantuan Musim Sejuk Ke Sempadan Jordan

HALUAN Lancar Bantuan Musim Sejuk Ke Sempadan Jordan

SEPANG, 24 Nov 2014 — Pasukan pertama Misi Bantuan Musim Sejuk 2014 Untuk Gaza Dan Syria telah selamat berlepas ke Jordan malam tadi di bawah seliaan HALUAN Malaysia. Seramai tujuh orang relawan termasuk lima wakil mahasiswa Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut menyertai bantuan ini. Pasukan ini yang diketuai oleh Setiausaha Kerja Biro Misi …

HALUAN Gerakkan Bantuan Banjir

HALUAN Gerakkan Bantuan Banjir

BANDAR BARU BANGI, 20 Nov 2014 – Pusat Operasi (PO) Misi Kemanusiaan Banjir 2014 (MKB14) HALUAN telah dengan rasminya mula memantau keadaan banjir di seluruh negara. Keadaan hujan yang turun dengan lebat di sebahagian besar kawasan timur semenanjung telah menyebabkan kebanyakan sungai melimpah ke kawasan berhampiran. Beberapa pusat pemindahan mangsa banjir telah mula beroperasi. Terengganu …

HALUAN Terus Santuni PELARIAN Syria

HALUAN Terus Santuni PELARIAN Syria

JORDAN, 1 Sept 2014 – Krisis kemanusiaan yang melanda Syria telah melampaui tiga tahun sejak ia meletus pada bulan Mac 2012. Sehingga kini, bencana yang melibatkan hampir keseluruhan bumi Syria telah mengorbankan lebih 250,000 nyawa rakyatnya sendiri, serta lebih 6 juta menjadi pelarian di dalam Syria dan di negara jiran seperti Lubnan, Jordan dan Turki. …

Amanah Sampai Ke Tangan Rakyat Gaza

Amanah Sampai Ke Tangan Rakyat Gaza

HALUAN pastikan sumbangan masyarakat Malaysia memberikan manfaat segera dan dapat membantu keperluan jangka panjang warga Gaza. Masyarakat Malaysia sudah tidak asing lagi dengan isu yang menimpa bumi Palestin. Serangan tentera Israel ke atas penduduk Gaza sejak 7 Julai lalu sekali lagi membuka mata kita terhadap keperitan hidup yang mereka lalui sepanjang sejarah pergolakan, terutamanya sejak …

Flotila Pembebasan Akan Belayar Lagi Ke Gaza

Flotila Pembebasan Akan Belayar Lagi Ke Gaza

ISTANBUL, 13 Ogos 2014 (BHP) — Freedom Flotilla Committee (FFC) telah menganjurkan satu mesyuarat bagi membincangkan isu berkaitan serangan serta sekatan zalim rejim Zionis dan perancangan menghantar bantuan untuk penduduk Gaza melalui konvoi pelayaran laut. Mesyuarat tersebut telah disertai oleh wakil-wakil dari 13 negara, iaitu Turki, Amerika, Greek, Norway, Afrika Selatan, Sweden, Malaysia, Indonesia, Jordan, …

HALUAN Sasar RM3 Juta Bantuan Kecemasan Palestin

HALUAN Sasar RM3 Juta Bantuan Kecemasan Palestin

BANDAR BARU BANGI, 11 Julai 2014 — HALUAN melancarkan Kempen Kecemasan Palestin bagi mengajak masyarakat Malaysia bersatu membantu penduduk Palestin khususnya di Gaza yang sedang diserang oleh rejim Zionis. Dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat HALUAN di sini, Naib Presiden 2 HALUAN, Sr Mohd Sabbri Md Yudin, menyebut bahawa kempen selama sebulan setengah …

HALUAN Hulur Bantuan Kecemasan Pertama ke Palestin

HALUAN Hulur Bantuan Kecemasan Pertama ke Palestin

BANDAR BARU BANGI, 12 Julai 2014 — Serangan tentera Zionis ke atas penduduk awam Gaza masih sengit dan berterusan. Sehingga artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya 21 orang awam lagi terkorban dalam serangan yang menyasarkan rumah dan masjid, iaitu angka korban yang paling besar dalam tempoh sehari sejak bermulanya serangan petang Isnin 7 Julai lalu. Korban keseluruhan …