fbpx

Posts Tagged: misi kemanusiaan HALUAN

Penduduk takut ke hospital

Penduduk takut ke hospital

KEMBOJA, 19 Julai 2012 – Misi Kemanusiaan Dan Kebajikan Kemboja 2012 telah membuat pemeriksaan kesihatan dengan berkunjung rumah ke rumah penduduk kampung di sekitar Kemboja. Dr Baharudin Suri berkata, kebanyakkan penduduk yang diperiksa adalah golongan tua mengidap penyakit gastrik, urat, sakit lutut dan beberapa penyakit kronik. Menurutnya, semasa pemeriksaan kesihatan dilakukan hanya seorang perempuan yang …

Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Kemboja 2012

Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Kemboja 2012

KEMBOJA, 15 Julai 2012 – Menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan adalah satu perkara yang positif untuk membawa perubahan kepada sesebuah tempat dan itulah yang dilakukan oleh pihak HALUAN kepada masyarakat Islam di Kemboja sejak 2002. Ketua Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Kemboja 2012, Dr Baharudin Suri berkata misi ini adalah bertujuan untuk meneruskan program yang telah …

Relawan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria 2 Selamat Pulang

Relawan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria 2 Selamat Pulang

KLIA SEPANG, 18 Jun 2012 — Setelah berbakti membantu pelarian di sempadan Turki-Syria selama hampir 10 hari, relawan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria 2 (MKBS2) akhirnya selamat tiba di tanahair tengahari tadi. Pasukan MBKS2 terdiri daripada Ketua Misi, Dr Baharudin Suri, yang merupakan Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr Roniyuzam Abd Malek yang juga merupakan Ketua …

Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria 2 (MBKS2) akan ke sempadan Turki-Syria

Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria 2 (MBKS2) akan ke sempadan Turki-Syria

KUALA LUMPUR, 7 Jun 2012 — Setelah lebih 15 bulan berlakunya kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di seluruh Syria, fakta sekarang menunjukkan kematian lebih dari 16,000 orang rakyat puluhan orang awam cedera dan ratusan sebagai tahanan dalam penjara diseksa. Dan lebih ramai lagi yang menjadi pelarian untuk menyelamatkan diri di sempadan Jordan, Lubnan dan Turki. …

Alhamdulillah, Kami Tiba di Gaza!

Alhamdulillah, Kami Tiba di Gaza!

RAFAH, 26 Apr 2012 — Benar bagai dikata; kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Perjalanan dari Kaherah empat jam permulaannya bagaikan buain laju dihembus bayu sepoi-sepoi bahasa. Tidak kami ketahui apa yang telah disusunkan oleh Allah SWT pada hela-hela waktu selepas itu. Tidak kurang daripada lapan sekatan jalanraya oleh tentera Mesir perlu diharungi, tiga …

Pasukan Misi Kemanusiaan Syria Selamat Pulang

Pasukan Misi Kemanusiaan Syria Selamat Pulang

SEPANG, 4 April 2012 — Pasukan peninjau HALUAN Malaysia ke sempadan Syria-Jordan bagi mendapatkan gambaran langsung dan maklumat lapangan berhubung kemelut pelarian Syria telah selamat pulang hari ini. Ketibaan pasukan yang dianggotai oleh Ustaz Abu Bakr Bin Mohd Sidek dan Dr Ahmad Fardi Bin Sulaiman itu telah disambut oleh Timbalan Presiden HALUAN Malaysia, Ustaz Mohd …

HALUAN Ke Jordan Bantu Pelarian Syria

HALUAN Ke Jordan Bantu Pelarian Syria

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2012 — Puluhan ribu rakyat Syria termasuk mereka yang tercedera terpaksa lari meninggalkan tanahair demi mendapatkan perlindungan dan bantuan. Mereka yang berpeluang melarikan diri daripada kekejaman dan pembunuhan yang sedang berlaku di Syria terpaksa menjadi pelarian di negara-negara jiran seperti Turki, Lubnan dan Jordan. Di Jordan sahaja terdapat sekitar 85,000 orang …

Somalia : Bukankah Kita Yang Lebih Layak Membantu?

Somalia : Bukankah Kita Yang Lebih Layak Membantu?

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW. Sesungguhnya kesempatan tetamu yang dikasihi dan dimuliakan Sheikh Yakub Farah Hasan dan Saudara Ahmednadhir Omar yang bertandang jauh dari Garissa, sebuah tempat yang menjadi penempatan pelarian-pelarian di bumi gersang antara Kenya dan Somalia, sangat membangkitkan perasaan dan kesedaran. Betapa mereka tidak putus-putus mengucap …

HALUAN Akan Terus Menyahut Rintihan Pelarian Somalia

HALUAN Akan Terus Menyahut Rintihan Pelarian Somalia

Pada awal Julai 2011, dunia sekali lagi dikejutkan dengan bencana alam serta krisis kemanusiaan dahsyat yang melanda negara-negara ‘Tanduk Afrika’ khususnya Somalia, Ethiopia, Djibouti, dan Kenya. Sebenarnya bencana kemarau dan kebuluran telah lama melanda wilayah tersebut tanpa diberi perhatian oleh masyarakat dunia, tetapi krisis yang begitu meruncing memaksa media arus perdana membuka pekung. Negara-negara yang …