fbpx

HALUAN Sasar RM3 Juta Bantuan Kecemasan Palestin

HALUAN Sasar RM3 Juta Bantuan Kecemasan Palestin

HALUAN Sasar RM3 Juta Bantuan Kecemasan Palestin

BANDAR BARU BANGI, 11 Julai 2014 — HALUAN melancarkan Kempen Kecemasan Palestin bagi mengajak masyarakat Malaysia bersatu membantu penduduk Palestin khususnya di Gaza yang sedang diserang oleh rejim Zionis.

Dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat HALUAN di sini, Naib Presiden 2 HALUAN, Sr Mohd Sabbri Md Yudin, menyebut bahawa kempen selama sebulan setengah yang mensasarkan kutipan sebanyak RM3 juta itu bertujuan mengumpul dana terutamanya bagi membantu mangsa keganasan Zionis di Gaza mendapatkan keperluan asas seperti ubat-ubatan, makanan dan tempat tinggal.

“Mungkin sasaran kita nampak sedikit berbanding dengan keperluan sebenar rakyat Gaza, tetapi kami berharap kempen ini dapat membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk berbakti dan merasai bersama keperitan mereka dengan penuh keikhlasan,” kata Sr Mohd Sabbri kepada pemberita.

Sementara itu Ketua Biro HALUAN Palestin, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan memaklumkan HALUAN merancang untuk menghantar bantuan awal dalam tempoh sehari dua ini apabila pintu masuk di lintasan Rafah dibuka.

“Insya Allah kita bekerjasama dengan rakan-rakan NGO di sana untuk menghantar bantuan awal kecemasan secepat mungkin sebaik mendapat kebenaran masuk oleh kerajaan Mesir. Kemudian kita akan menghantar bantuan seterusnya walaupun selepas tamatnya kempen ini nanti, kerana sememangnya mereka di Gaza memerlukan bantuan yang berterusan akibat embargo haram zionis,” jelas beliau.

HALUAN turut mempunyai projek kekal di dalam Gaza seperti hospital-hospital, rumah anak yatim dan projek penyaliran air bersih untuk penduduk di sana. Rejim ganas zionis membedil apa saja secara membabi-buta termasuklah rumah penduduk, sekolah, hospital dan terutamanya masjid di mana umat Islam berkumpul.

Orang ramai yang ingin turut menyumbang bolehlah melakukannya menerusi akaun berikut:

Nama akaun : TABUNG PALESTIN HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528, atau
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

Sebarang pertanyan boleh dibuat di talian: +603 5166 0599

Atau layari laman web kami di: http://haluanpalestin.org

Laporan oleh mediaHALUAN