fbpx

Posts Tagged: misi kemanusiaan HALUAN

HALUAN Akan Teruskan Misi Bantuan Gempa Di Aceh

HALUAN Akan Teruskan Misi Bantuan Gempa Di Aceh

BANDAR BARU BANGI, 19 Dis 2016 – Bencana gempa bumi yang berlaku pada 7 Disember lepas di beberapa bahagian Aceh sudah mulai reda. Bagaimanapun, kerajaan Indonesia tetap mengekalkan tahap darurat sehingga 20 Disember ini. Gegaran 6.5 skala Richter telah meninggalkan kesan kerosakan fizikal dan trauma psikologi kepada lebih 140,000 penduduk di daerah Pidie Jaya yang …

Warmth 4 Palestin & Syria Disember 2016

Warmth 4 Palestin & Syria Disember 2016

RAKYAT SYRIA TERUS DIZALIMI Krisis kemanusiaan di Syria bagaikan tiada tanda hentinya, dan dunia tidak harus terus membiarkan rakyat Syria ditindas dan dizalimi oleh rejim Bashar al-Assad bersama sekutunya Russia dan Iran. Semua pihak, tanpa mengira kaum dan agama, harus bangkit menentang Bashar Assad dan sebaliknya memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Syria yang inginkan kehidupan …

KENYATAAN MEDIA: Isu Penghapusan Etnik Ke Atas Masyarakat Rohingya Di Myanmar

KENYATAAN MEDIA: Isu Penghapusan Etnik Ke Atas Masyarakat Rohingya Di Myanmar

Untuk Siaran Segera, 25 November 2016 HALUAN terpanggil untuk menyeru seluruh masyarakat madani Malaysia untuk bangkit menentang kekejaman junta tentera dan pasukan sivil di Myanmar yang sedang mengganas membunuh dan menghapuskan etnik Rohingya di dalam negara mereka sendiri. Permasalahan peminggiran serta usaha pengusiran masyarakat minoriti Muslim keturunan Rohingya sejak lebih 50 tahun ini semakin menjadi …

HALUAN Santuni Masyarakat Rohingya

HALUAN Santuni Masyarakat Rohingya

BANDAR BARU BANGI, 5 Mac 2016 — Sehingga akhir Ogos 2015, ada lebih 150,000 pelarian di Malaysia yang berasal dari negara-negara yang bergolak seperti Myanmar, Syria dan Palestin. Menurut sumber UNCHR Malaysia, hampir 140,000 mereka berasal dari Myanmar dengan etnik Rohingya Muslim dari wilayah Arakan atau Rakhine yang paling ramai. Krisis kemanusiaan berpunca daripada penafian …

Redah Salji Demi Amanat

Redah Salji Demi Amanat

AJLOUN, JORDAN, 26 Jan 2016 — Tiga orang relawan HALUAN yang diketuai oleh Encik Mohd Mukhlis Mohd Nazri telah menyampaikan bantuan kecemasan kepada sebuah keluarga pelarian Syria yang dalam kesusahan akibat peperangan saudara dan terpaksa mengharungi kesejukan salji di Ajloun sempena kempen yang dilancarkan oleh HALUAN iaitu Warmth for Syria 2016. Pihak HALUAN telah melawat …

Bantuan Warmth 2016 Untuk Syria Mula Diagih

Bantuan Warmth 2016 Untuk Syria Mula Diagih

AMMAN, JORDAN, 23 Januari, 2016 — Sebanyak 350 buah keluarga yang melibatkan 1,750 orang pelarian Syria sekitar Jordan akan mendapat bantuan musim sejuk bagi tahun 2016 yang diagihkan oleh HALUAN dan Hands to Syria UTM dengan kerjasama Islamic Centre Charity Society (ICCS), sebuah NGO tempatan Jordan. Misi bantuan warmth yang bermula 22 Januari lepas mula …

Misi Bantuan Musim Sejuk Syria Bakal Berlepas

Misi Bantuan Musim Sejuk Syria Bakal Berlepas

BANDAR BARU BANGI, 20 Januari 2016 — Setelah hampir lima tahun konflik politik di Syria berlaku, sehingga kini masih belum menampakkan bibit penyelesaian malah bertambah rumit dengan campur tangan kuasa-kuasa besar. Hal ini telah mengakibatkan hampir jutaan penduduk Syria kehilangan tempat tinggal dan berhijrah meninggalkan tanah air tercinta bagi menyelamatkan nyawa yang terancam menuju ke …

Pasukan HALUAN Selamat Tiba di Kabul

Pasukan HALUAN Selamat Tiba di Kabul

KABUL, AFGHANISTAN, 12 Nov 2015 — Dua sukarelawan HALUAN yang berlepas ke Afghanistan dalam misi bantuan kemanusiaan gempa bumi yang berlaku 26 Oktober lepas telah selamat tiba di ibu negara berkenaan setelah menempuh perjalanan hampir 24 jam dari Malaysia. Pasukan HALUAN yang menyertai gabungan NGO-NGO Malaysia tersebut selamat mendarat di Lapangan Terbang K. Rawash, Kabul …

HALUAN Sabah Bantu 152 Pelajar Mangsa Kebakaran Simunul

HALUAN Sabah Bantu 152 Pelajar Mangsa Kebakaran Simunul

SEMPORNA, 30 Okt 2015 – HALUAN Sabah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Semporna telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan kepada 152 pelajar mangsa kebakaran Simunul pada 23 Oktober lepas bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Bubul, Semporna. Bantuan ini adalah insiatif HALUAN bagi membantu dan meringankan segala kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa akibat dari musibah yang menimpa …

Kampung Mesilou Disantuni Pasca Bencana

KUNDASANG, 11 Julai 2015 – Susulan Misi Kemanusiaan Gempa dan Banjir Ranau 2015, HALUAN Cawangan Sabah terus menggiatkan aktiviti yang dapat menjalin hubungan silaturrahim dengan penduduk di Kampung Mesilou. Sebelum ini, penduduk Kampung Mesilou telah mendapat bantuan yang disalurkan oleh HALUAN hasil sumbangan masyarakat semasa misi kemanusiaan tersebut dilaksanakan. Sebagai aktiviti susulan, HALUAN Sabah dengan …