fbpx

Posts Tagged: misi kemanusiaan HALUAN

UTeM dan HALUAN Lancarkan Misi Kemanusiaan Syria

UTeM dan HALUAN Lancarkan Misi Kemanusiaan Syria

SEPANG,14 Mac 2014 – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama HALUAN telah menghantar lima orang aktivis, dua orang dari HALUAN dan tiga orang dari UTeM, ke kem-kem pelarian Syria di Jordan bagi menyalurkan bantuan perubatan dan pakaian bagi menghadapi musim sejuk. Umat Islam Syria kini berada dalam kesusahan dan penderitaan akibat penindasan dari rejim Bashar …

Relawan MKB13 Bersemangat Untuk Terus Berbakti

Relawan MKB13 Bersemangat Untuk Terus Berbakti

BANDAR BARU BANGI, 16 Feb 2014 – Rentetan dari Pasca Misi Kemanusiaan Banjir HALUAN 2013 (MKB13) yang lalu, satu majlis telah dianjurkan bagi meraikan para relawan yang telah memberikan khidmat bakti dalam membantu mangsa-mangsa banjir yang ditimpa musibah. Tujuan utama majlis ini adalah untuk membuka ruang kepada para relawan yang terlibat secara langsung di dalam …

Si Gelandangan dan Sup Panas

Si Gelandangan dan Sup Panas

Tidak ada perkataan yang tepat rupanya dalam Bahasa Melayu untuk menakrifkan golongan rakyat yang terpinggir dan merempat di jalanan tanpa bumbung di atas bubun mereka. Sehingga terpaksa menggunakan kataganti “gelandangan” daripada Bahasa Indonesia. Bahasa Inggeris sudah lama menakrifkan golongan ini sebagai “the homeless”, orang yang tiada rumah atau tempat berteduh yang tetap. Gelandang pun gelandanglah …

Kentalnya Semangat Wirawati HALUANITA

Kentalnya Semangat Wirawati HALUANITA

KUANTAN, 18 Dis 2013 — Selut, lumpur, sampah bertimbun dan bau yang menusuk ke hidung tidak dapat menghalang kemaraan gelombang HALUANITA yang tiba secara berkumpulan di Kuantan untuk melerai kebuntuan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir di sana. Selut tebal lagi dalam yang mengisi setiap ruang rumah mangsa serta memusnahkan peralatan rumah tidak mungkin dapat dibersihkan …

300 Relawan HALUAN Berbakti Sepanjang MKB13

300 Relawan HALUAN Berbakti Sepanjang MKB13

KUANTAN, 14 Disember 2013 — Setelah berbakti kepada mangsa-mangsa banjir selama 10 hari, operasi Misi Kemanusiaan Banjir 2013 (MKB13) kini melabuhkan tirainya. Seramai lebih 300 orang relawan dari seluruh negara secara bergilir-gilir turun membantu kerja-kerja menyelamat, pembersihan dan pengagihan barang bantuan khususnya di daerah Kuantan dan Kemaman. Memandangkan keadaan banjir kembali pulih dan hampir semua …

HALUAN Salur Bantuan Musim Sejuk Untuk Pelarian Syria

HALUAN Salur Bantuan Musim Sejuk Untuk Pelarian Syria

abu-syria-01ANTAKYA, TURKI, 6 Dis 2013 — Keperitan dan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Syria sejak hampir tiga tahun lalu sekali lagi mendapat perhatian HALUAN Malaysia. Kehadiran relawan HALUAN Malaysia di kem pelarian di sempadan Turki dari 27 November hingga 4 Disember lalu merupakan kesinambungan misi membantu pelarian Syria meneruskan kehidupan. Bantuan amat mendesak, lebih-lebih lagi …

HALUAN Lancar Misi Kemanusiaan Banjir 2013

HALUAN Lancar Misi Kemanusiaan Banjir 2013

BANDAR BARU BANGI, 4 Disember 2013 – Bilangan mangsa banjir di beberapa negeri Semenanjung Malaysia semakin meningkat sejak semalam lagi. Menurut laporan portal Majlis Keselamatan Negara hari ini, hampir 14,123 mangsa telah dipindahkan dan 132 pusat pemindahan telah diaktifkan. Demi berbakti kepada mangsa banjir, HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaan telah melancarkan Misi Kemanusiaan Banjir 2013. …

KKH Santuni Masyarakat Desa di Baling

KKH Santuni Masyarakat Desa di Baling

baling-01BALING, 10 Nov 2013 – HALUAN terus menabur bakti kepada masyarakat desa dengan membawa profesionalisme kesihatan kepada mereka melalui program khidmat kemasyarakatan serta kem kesihatan. Perkhidmatan tersebut telah diadakan di Masjid Kampung Sungai Limau, Baling semalam bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Projek ini merupakan anjuran bersama HALUAN Cawangan Kedah dan Kementerian Kemajuan …

Aidilfitri Bersama Anak-anak Syria Di Bawah Cengkaman Kezaliman

Aidilfitri Bersama Anak-anak Syria Di Bawah Cengkaman Kezaliman

duma-01BANDAR BARU BANGI, 23 Ogos 2013 — Sudah lebih dua setengah tahun kehidupan mereka dibayangi peperangan dan kezaliman yang mengerikan. Begitu ramai dari kalangan mereka yang sudah tidak dapat lagi bersama ayah, ibu, saudara dan rakan tempat bermanja dan bergelak ketawa. Walaupun hidup di dalam wilayah peperangan yang masih tidak menunjukkan tanda kesudahan, anak-anak Syria …

HALUAN  Terus Bina Jaringan Antarabangsa

HALUAN Terus Bina Jaringan Antarabangsa

BANDAR BARU BANGI, 21 Julai 2013 — Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) terus melebarkan capaiannya merentasi sempadan geografi, budaya dan bahasa dengan aktiviti-aktiviti pendidikan, kebajikan dan kemanusiaan di luar negara. Penglibatan ahli-ahli dan sukarelawan HALUAN dalam program-program yang dilaksanakan merupakan menifestasi moto ‘Berakhlak, Mendidik dan Berbakti’ dan merupakan bukti kemampuan HALUAN menyantuni masyarakat …