fbpx

Posts Tagged: misi kemanusiaan HALUAN

Ranau di Hati Kami

Ranau di Hati Kami

RANAU, SABAH, 28 JUN 2015 – Beberapa siri gempa bumi yang telah berlaku di sekitar Ranau, Sabah sejak 5 Jun lepas telah mendapat perhatian HALUAN. Gempa pertama berskala 5.9 skala richter pada 7.15 pagi itu telah memusnahkan kemudahan pendakian di Gunung Kinabalu dan juga beberapa kemudahan awam di Ranau. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, pada …

Terus Santuni Mangsa Gempa Nepal

Terus Santuni Mangsa Gempa Nepal

SEPANG, 18 Mei, 2015 – Santunan yang diberikan pasukan perubatan dan kebajikan HALUAN di Nepal ternyata memberikan kesan mendalam kepada mangsa gempabumi dahsyat yang melanda negara Asia Selatan itu. Pasukan pertama HALUAN yang diketuai oleh Ketua Biro Misi Kemanusiaannya, Dr Baharudin Suri telah tiba di ibu negara Kathmandu pada 3 Mei setelah lapan hari berlakunya …

HALUAN Lancar Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal

HALUAN Lancar Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal

BANGI 28 Apr 2015 – Orang ramai dipelawa menyumbang derma untuk membantu mangsa gempa bumi yang teruk menimpa Nepal pada tengahari Sabtu 25 April. HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaannya telah melancarkan tabung khas untuk tujuan tersebut, menurut ketua bironya, Dr Baharudin Suri. Gempa dahsyat berskala 7.9 Ritcher itu telah melanda Lembah Kathmandu yang berkepadatan penduduk …

Merumahkan Mangsa Banjir Kelantan

Merumahkan Mangsa Banjir Kelantan

KUALA KRAI, 15 Februari 2015 — Sejarah bencana alam yang ditakdirkan Allah SWT pada hujung tahun 2014 lalu benar-benar meruntun perasaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Banjir besar berkenaan memusnahkan sebahagian besar kawasan rendah di Kelantan dengan merosakkan serta menghanyutkan ribuan buah rumah penduduk serta punca rezeki di situ. Tidak kurang pelbagai …

Fasa Pembersihan Bermula Di Temerloh

Fasa Pembersihan Bermula Di Temerloh

pahang-4-01TEMERLOH, 2 Jan 2015 – Pada hari Jumaat yang diberkati ini, cuaca di Temerloh sangatlah baik. Panas terik dari pagi hingga ke hujung petang. Hasilnya, paras air banjir telah menyurut dengan cepat, hingga hampir empat kaki. Ramai mangsa-mangsa banjir telah mula pulang ke rumah masing-masing dari pusat-pusat penempatan dan rumah-rumah penginapan sementara bagi menguruskan pembersihan …

Kutipan Derma Banjir: HALUAN Kesan Penipuan

Kutipan Derma Banjir: HALUAN Kesan Penipuan

tipu-01BANDAR BARU BANGI, 6 Jan 2015 – HALUAN Malaysia amat kesal kerana terdapat individu-individu tertentu telah menggunakan nama HALUAN untuk mengutip dana kononnya untuk membantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. HALUAN ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mengutip dana tersebut bagi pihak kami, lebih-lebih lagi dengan menggunakan nombor …

MASkargo Angkut Barangan Bantuan Banjir

MASkargo Angkut Barangan Bantuan Banjir

SUBANG, SELANGOR, 28 Dis 2014 — Keperihatinan dan sifat dermawan rakyat Malaysia dalam menghulur pertolongan kepada mangsa banjir mengakibatkan barangan bantuan untuk mereka tidak mampu dihantar menggunakan pesawat kecil. HALUAN Cawangan Selangor telah menyiapkan sebanyak dua tan barangan bantuan kemanusiaan hasil derma dan sumbangan orang ramai di Selangor untuk dihantar ke kawasan bencana di Kelantan …

HALUAN & Firely Terbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

HALUAN & Firely Terbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

SUBANG, SELANGOR, 27 Dis 2014 — Satu tan barangan bantuan untuk mangsa banjir telah selamat dihantar ke Kota Bharu, Kelantan melalui penerbangan Firefly dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pagi tadi secara berperingkat bermula jam 7.00 pagi. Para relawan HALUAN telah bersengkang mata sepanjang malam untuk menyiapkan pek-pek barangan yang terdiri daripada keperluan …

Relawan HALUAN Salur Bantuan Kem Pelarian Lubnan

Relawan HALUAN Salur Bantuan Kem Pelarian Lubnan

lubnan-01BEIRUT, 14 Dis 2014 — Lubnan merupakan wilayah tumpangan pelarian Palestin sejak bermulanya tragedi Nakba pada tahun 1948. Lebih dua juta orang daripada empat setengah juta penduduk Lubnan adalah pelarian Palestin dan Syria yang tinggal di kem-kem utama seperti di sempadan Syria, Shabra dan Syatila, Ein el-Helwah dan Saida. Perjalanan enam relawan HALUAN menuju ke …

Amanat Dermawan Malaysia Dilunaskan

Amanat Dermawan Malaysia Dilunaskan

end-winter-01BANDAR BARU BANGI, 18 Dis 2014 — Enam relawan HALUAN yang menyertai Misi Bantuan Musim Sejuk 2014 Untuk Gaza Dan Syria telah selamat pulang ke tanahair. Misi mereka selama 10 hari telah berjaya menyampaikan amanah masyarakat Malaysia kepada pelarian Syria di sempadan Turki dan juga pelarian Syria dan Palestin di Lubnan. Ketika ditemubual oleh MediaHALUAN …