fbpx

HALUAN & Firely Terbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

HALUAN & Firely Terbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

HALUAN & Firely Terbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

SUBANG, SELANGOR, 27 Dis 2014 — Satu tan barangan bantuan untuk mangsa banjir telah selamat dihantar ke Kota Bharu, Kelantan melalui penerbangan Firefly dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pagi tadi secara berperingkat bermula jam 7.00 pagi.

Para relawan HALUAN telah bersengkang mata sepanjang malam untuk menyiapkan pek-pek barangan yang terdiri daripada keperluan asas seperti makanan, lampin dan susu bayi, tuala wanita, air mineral dan toiletries untuk dihantar melalui penerbangan awal pagi tadi.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Firefly yang bermurah hati menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma barangan asas tersebut untuk mangsa-mangsa banjir di sana.

Relawan HALUAN di Kota Bharu yang diketuai oleh Dr Mohd. Ariff Abdul Rashid telah sedia menanti dengan kenderaan pacuan empat roda untuk menerima dan mengagihkan barang bantuan tersebut kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

‘Berakhlak, mendidik, berbakti’


Masyarakat prihatin boleh terus menyalurkan bantuan berupa kewangan ke akaun bank di bawah:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 562263502611
Bank: Maybank

Nama Akaun: Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)

No Akaun: 14023010025718

Bank: Bank Islam

  • Sila email slip/resit sumbangan ke unit.kewangan@haluan.org.my

Ahli HALUAN dan Relawan berdaftar sila hubungi wakil negeri masing-masing untuk penyusunan penghantaran relawan ke lokasi banjir. Sila bersedia dengan kelengkapan asas untuk berkhidmat di suasana basah.

Barangan asas seperti makanan kering, susu bayi, lampin bayi, berus dan ubat gigi, sabun, tuala wanita, selimut dan telekung boleh disalurkan ke Pusat Operasi HALUAN di Bandar Baru Bangi atau di Cawangan HALUAN terdekat di negeri anda. Sila rujuk laman web kami.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Pusat Operasi Misi Kemanusiaan Banjir 2014 (24 jam) di Ibu Pejabat HALUAN melalui talian +6013-313 7324 atau +603-8926 8892.