fbpx

Kutipan Derma Banjir: HALUAN Kesan Penipuan

Kutipan Derma Banjir: HALUAN Kesan Penipuan

Kutipan Derma Banjir: HALUAN Kesan Penipuan

tipu-01BANDAR BARU BANGI, 6 Jan 2015 – HALUAN Malaysia amat kesal kerana terdapat individu-individu tertentu telah menggunakan nama HALUAN untuk mengutip dana kononnya untuk membantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

HALUAN ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mengutip dana tersebut bagi pihak kami, lebih-lebih lagi dengan menggunakan nombor akaun bank peribadi.

Semua urusan pendermaan di bawah HALUAN hanyalah melalui akaun sah kami seperti tertera di sini:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 562263502611
Bank: Maybank

Nama Akaun: Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)
No Akaun: 14023010025718
Bank: Bank Islam

  • Sila email slip/resit sumbangan ke unit.kewangan@haluan.org.my

“Kami mendapat maklumat daripada masyarakat prihatin bahawa mereka memperolehi maklumat permohonan derma kononnya mewakili HALUAN melalui media sosial seperti Whatsapp, berserta no akaun bank peribadi. Dengan itu, HALUAN memohon kepada individu-individu berkenaan agar memberhentikan kegiatan penipuan mereka dan kembalilah bertaubat kepada Allah SWT. Ini kerana misi suci untuk membantu mangsa-mangsa banjir itu akan terpalit dek perbuatan hina mereka itu,” menurut Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr Baharudin Suri.

HALUAN masih lagi menghantar pasukan demi pasukan ke Kelantan dan Pahang, terdiri daripada pasukan medikal dan juga relawan am, untuk membantu memulihkan keadaan terutama di negeri Kelantan yang hampir lumpuh ibarat dilanda tsunami. Kesempitan hidup para mangsa di sana janganlah pula diambil kesempatan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.