fbpx

HALUAN Lancar Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal

HALUAN Lancar Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal

HALUAN Lancar Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal

BANGI 28 Apr 2015 – Orang ramai dipelawa menyumbang derma untuk membantu mangsa gempa bumi yang teruk menimpa Nepal pada tengahari Sabtu 25 April. HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaannya telah melancarkan tabung khas untuk tujuan tersebut, menurut ketua bironya, Dr Baharudin Suri.

Gempa dahsyat berskala 7.9 Ritcher itu telah melanda Lembah Kathmandu yang berkepadatan penduduk melebihi dua juta orang. Ia kawasan yang paling teruk terjejas dan telah diistiharkan kawasan bencana dari hari pertama lagi. Sehingga hari ini, lebih 4,000 mayat telah ditemui dan kerja-kerja mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan masih dijalankan yang memungkinkan lebih ramai lagi mangsa menjadi korban.

Selain itu puluhan ribu penduduk yang terselamat mengalami kecederaan dan memenuhi hospital dan pusat rawatan di Kathmandu. Menurut laporan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dianggarkan lebih lapan juta penduduk Nepal termasuk di bandar-bandar lain selain Kathmandu terjejas dengan musibah gempabumi kali ini.

HALUAN yang bermotokan Berakhlak, Mendidik dan Berbakti telah melancarkan “Tabung Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal” bagi membantu serta meringankan beban yang dialami oleh penduduk Nepal khususnya di sekitar Kathmandu. Sumbangan dari anda masyarakat Malaysia yang sentiasa prihatin diperlukan untuk bekalan makanan dan air minuman, ubatan, pakaian dan khemah sementara.

Berkata Dr Baharudin, “Seperti biasa, HALUAN akan menghantar pasukan sukarelawan termasuk doktor perubatan dan paramedik ke lapangan bencana selewat-lewatnya pada hari Jumaat 1hb Mei ini dan akan berkerjasama dengan NGO Kemanusiaan dari Indonesia dan negara Asean yang lain. Sukarelawan kami akan membantu di hospital lapangan bagi merawat mangsa kecederaan, mengagih pakaian, selimut serta makanan dan minuman air bersih. Oleh itu, kami merayu semua rakyat Malaysia agar turut menderma untuk tujuan murni ini.”

Sumbangan dari anda yang prihatin boleh disalurkan melalui akaun maybank “Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN” bernombor 5622 6350 2611. Sebarang maklumat boleh hubungi hotline ditalian +60132245064

Laporan oleh Muhammad Shakir Sabarudin, Setiausaha Kerja, Biro Misi Kemanusiaan