fbpx

Pasukan Misi Bantuan Musim Sejuk Tiba Ke Destinasi

Pasukan Misi Bantuan Musim Sejuk Tiba Ke Destinasi

Pasukan Misi Bantuan Musim Sejuk Tiba Ke Destinasi

AMMAN, JORDAN 26 Nov 2014 — Pasukan Misi Bantuan Musim Sejuk 2014 Untuk Gaza dan Syria selamat tiba di Amman, Jordan semalam setelah transit di Dubai.

Ketibaan pasukan seramai tujuh orang relawan misi disambut dan diraikan oleh para pelajar daripada Kelab Siswa HALUAN Jordan (HALUANSiswa Jordan) yang akan turut membantu urusan pasukan sepanjang misi ini berlangsung.

Satu lawatan hormat ke Education Malaysia Jordan (EMJ) telah diatur untuk bertemu dengan Pengarah, Prof Madya Azidan Abdul Jabar yang mengalu-alukan kedatangan pasukan misi. Pasukan misi telah diberi taklimat ringkas oleh Prof Madya Azidan berkaitan suasana semasa di Jordan sebagai panduan semasa menjalankan misi bantuan.

Pasukan misi seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Islamic Charity Center Society (ICCS) untuk penyerahan sumbangan rakyat Malaysia yang telah diamanahkan kepada HALUAN dan Hands To Syria. Pasukan misi disambut oleh pasukan dari ICCS yang diterajui oleh pengarah, Dr Yusoff Ismael.

Sebanyak RM100,000 telah diserahkan oleh HALUAN dan Hands To Syria kepada pihak ICCS untuk membantu pelarian rakyat Gaza dan Syria yang sedang berhadapan dengan musim sejuk.

Masyarakat prihatin boleh berhubung dengan pihak sekretariat kempen ini untuk mengatur kerjasama program kesedaran berbentuk kuliah, ceramah kesedaran atau pun pameran di samping menghulur bantuan melalui talian +60351660599 (Pusat Operasi) atau +60129547861 (Encik Mus’ab Saari).

Bantuan ikhlas anda boleh disalurkan melalui akaun berikut:

Tabung Kebajikan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Berhad : 5622-6350-2611

atau

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

Semoga semua usaha dan sumbangan anda mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT.

Laporan MediaHALUAN