fbpx

HALUAN Hulur Bantuan Kecemasan Pertama ke Palestin

HALUAN Hulur Bantuan Kecemasan Pertama ke Palestin

HALUAN Hulur Bantuan Kecemasan Pertama ke Palestin

BANDAR BARU BANGI, 12 Julai 2014 — Serangan tentera Zionis ke atas penduduk awam Gaza masih sengit dan berterusan.

Sehingga artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya 21 orang awam lagi terkorban dalam serangan yang menyasarkan rumah dan masjid, iaitu angka korban yang paling besar dalam tempoh sehari sejak bermulanya serangan petang Isnin 7 Julai lalu.

Korban keseluruhan kini melebihi 150 orang dan lebih 1,000 yang lain mengalami kecederaan, termasuk kecacatan kekal.

Dalam keperitan rakyat Palestin Gaza berhadapan dengan embargo serta bom dan peluru zionis, HALUAN telah berjaya menghantar bantuan kecemasan pakej pertama untuk keperluan makanan, kos rawatan serta ubatan dan juga penginapan sementara.

“Hari ini kita telah menghantar bantuan bernilai USD100,000 untuk meringankan beban mereka dengan memberi bantuan dalam bentuk makanan dan minuman serta membantu pembiayaan tempat penginapan sementara.” Pagi tadi, relawan kami juga telah menghulurkan sumbangan kepada pesakit di Hospital Kamal al-Udwan di Jabaliya utara Gaza dan juga di Hospital as-Shifa di Gaza City,” jelas Ketua Biro HALUAN Palestin Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan.

Semua kerja agihan sumbangan dilakukan oleh relawan tempatan di Gaza melalui kerjasama rakan NGO di situ.

HALUAN mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan anda membantu mereka di Palestin dan hanya Allah SWT saja yang layak memberikan balasan setimpal untuk itu. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga.

Teruskan sumbangan anda melalui:

Nama akaun : TABUNG PALESTIN HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528, atau
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

Sebarang pertanyan boleh dibuat di talian: +603 5166 0599
Atau layari laman web kami di: http://haluanpalestin.org

Laporan oleh mediaHALUAN