Berita

HALUAN Lantik Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Baharu Bagi Sesi 2023-2025

HALUAN Lantik Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Baharu Bagi Sesi 2023-2025

KAJANG, 30 Jul 2023 – Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) HALUAN Kali Ke-34 telah melantik 32 orang ahli jawatankuasa kerja pusat baharu yang akan memikul tanggungjawab sepanjang tahun 2023 hingga 2025. Keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di Bangi Avenue Convention Center (BACC) pagi tadi yang dihadiri lebih 500 orang perwakilan dan pemerhati dari …

Kepimpinan Tunjang Perubahan Ummah

Kepimpinan Tunjang Perubahan Ummah

KAJANG, 29 Jul 2023 – Kepimpinan bukanlah suatu peluang untuk meraih kuasa, status mahupun harta, tetapi ia adalah suatu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam rangka memberi khidmat sepenuhnya kepada Allah. Ketika menyampaikan Ucapan Dasar bertajuk “Kepimpinan Tunjang Perubahan Ummah” dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) HALUAN kali ke-34 di sini, Presiden HALUAN Malaysia, Dr. …

500 Hadiri Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN Kali Ke-34

500 Hadiri Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN Kali Ke-34

KAJANG, 29 Jul 2023 – Lebih 500 ahli HALUAN Malaysia dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak hadir memeriahkan dan menjayakan Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) Kali ke-34 yang diadakan selama dua hari di Bangi Avenue Convention Center (BACC) hari ini. Setelah terpaksa mengadakan mesyuarat secara dalam talian sepanjang tiga tahun lalu akibat pandemik COVID-19, buat …

Korban 2023 – Gandingan Mantap Pemuda Orang Asli & HALUAN

Korban 2023 – Gandingan Mantap Pemuda Orang Asli & HALUAN

GERIK, PERAK, 2 Jul 2023 – Gandingan mantap pemuda-pemudi orang asli Kampung Sungai Raba dengan sukarelawan HALUAN serta alumni Sekolah Menengah Sains Kedah (ASSAK) menyaksikan program korban terpantas dalam rekod aktiviti tahunan itu setakat ini. Seawal pukul 8.00 pagi semalam, para sukarelawan telah berkumpul di hadapan Surau Al-Fatah di kampung tersebut menantikan ketibaan daging lembu …

Ceria Dengan Identiti Pakaian Seragam Pra-Sekolah

Ceria Dengan Identiti Pakaian Seragam Pra-Sekolah

GERIK, PERAK, 15 Jul 2023 – Terpancar seri kegembiraan di wajah anak-anak orang asli, bangga kerana kini mereka tergolong dalam kumpulan elit pertama Kampung Air Banun yang bersedia untuk dididik menjadi golongan yang tidak akan lagi buta huruf. Dengan memakai pakaian seragam baharu yang ditempah khas oleh HALUAN, anak-anak kecil antara 5-12 tahun ini adalah …

Suntikan Ilmu Fiqah Untuk Wanita Orang Asli

Suntikan Ilmu Fiqah Untuk Wanita Orang Asli

GERIK, PERAK, 15 Jul 2023 – Rupanya ramai yang dahagakan ilmu. Bukan setakat anak-anak kecil sahaja. Program bersiri HALUAN Pulau Pinang  bergelar Edu Banun yang dilancarkan lebih lima tahun dahulu daripada segi matlamat utamanya adalah mendidik anak anak berumur 5-12 tahun yang buta huruf untuk kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Namun setiap kali program …

Projek EDU-Banun Mula Tempa Kejayaan

Projek EDU-Banun Mula Tempa Kejayaan

GERIK, PERAK, 15 Jul 2023 – Seramai empat orang anak kecil orang asli kaum Jahai telah mendaftar di sekolah rendah Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di sini hasil penat lelah sukarelawan HALUAN Pulau Pinang melaksanakan program EDU-Banun khusus untuk pendidikan awal kanak-kanak sejak lima tahun lalu. Pencapaian membanggakan ini membolehkan mereka mengikuti pendidikan formal …

Relawan HALUAN Berlepas ke Lokasi Pelaksanaan Korban

Relawan HALUAN Berlepas ke Lokasi Pelaksanaan Korban

SEPANG, 27 Jun 2023 — Buat pertama kali selepas dunia dilanda pandemik COVID-19, HALUAN Malaysia mula menghantar pasukan relawan ke luar negara bagi melaksanakan ibadah korban. Semalam, dua orang relawan telah berlepas ke Kenya sementara pasukan kedua akan bergerak ke Vietnam bagi melaksanakan korban bersama masyarakat Islam di sana. Ketua Biro Kebajikan HALUAN, Encik Abdul …

Kolaborasi Jabatan Pertanian Demi Bantu Orang Asli

Kolaborasi Jabatan Pertanian Demi Bantu Orang Asli

GERIK, PERAK, 11 Mei 2023 – Projek tanaman limau nipis secara komersial di plot pertanian orang asli Kampung Air Banun dan tanaman pokok roselle di Kampung Sungai Raba di sini telah menampakkan kejayaan. Dalam keadaan HALUAN berhadapan dengan kekangan dana dan material sepenuhnya untuk menjayakan projek ini, pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan …

Korban Lebih Bermakna Bersama HALUAN

Korban Lebih Bermakna Bersama HALUAN

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2023 – Ibadah korban yang dilaksanakan melalui HALUAN Malaysia merupakan salah satu elemen penting bagi kesinambungan serta penyuburan gerak kerja dakwah di luar dan dalam negara. Antara penerima manfaat secara langsung daripada ibadah korban ini termasuklah golongan mualaf, orang asli, golongan B40, dan juga umat Islam yang dibelenggu kemiskinan. Ketika berucap …