fbpx

Berita

BERITA GEMBIRA UNTUK ANDA!

BERITA GEMBIRA UNTUK ANDA!

Iftar di Masjid Al-Aqsa kini sudah selesai dilaksanakan. Namun pada tahun ini akibat COVID-19 yang melanda di sana, tiada iftar beramai-ramai dilakukan. Hanya makanan bungkus sahaja diedarkan kepada penerima. Terima kasih kepada para penyumbang, tanpa anda projek ini tidak akan berjaya. Esok (5/5) HARI TERAKHIR untuk kempen sumbangan IFTAR PALESTIN. Ayuh!https://www.haluan.org.my/donations/iftarpalestin/ Sebarkan rahmah, semaikan barakah. …

HALUAN KL Bantu Ibu Tunggal dan Anak Yatim

HALUAN KL Bantu Ibu Tunggal dan Anak Yatim

GOMBAK, 1 Mei 2021 — Memberikan perhatian dan cakna kepada keperluan ibu tunggal, para janda dan miskin sudah menjadi sunah dan saranan Rasulullah SAW. HALUAN cawangan Kuala Lumpur telah menyantuni seramai 16 keluarga ibu tunggal dalam sebuah majlis ‘‘Program Santuni Ibu Tungal & Anak Yatim’’ pada 1 Mei yang lalu. Sumbangan pek makanan dan wang …

KAMPUNG MALAYSIA DI BUMI AL-BAB

KAMPUNG MALAYSIA DI BUMI AL-BAB

Anda tidak nampak hasil sumbangan anda? Nah, inilah hasil sumbangan anda kepada pelarian Syria. Sebuah perkampungan yang mampu memuatkan 100 buah rumah, sebuah sekolah, sebuah masjid malah sebuah telaga air bersih. Ia adalah satu projek besar dengan kerjasama daripada beberapa NGO dari Malaysia, termasuk HALUAN. Perkampungan ini dijangka mampu memberi perlindungan kepada 2,000 orang pelarian. …

Gabungan NGO Malaysia & Yaman Lancarkan Kempen Bantuan Kemanusiaan

Gabungan NGO Malaysia & Yaman Lancarkan Kempen Bantuan Kemanusiaan

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2021 – Gabungan kemanusiaan yang melibatkan NGO Malaysia dan Yaman telah melancarkan kempen bantuan kemanusiaan untuk mengurangkan penderitaan orang-orang yang terjejas akibat peperangan. Kempen ini menyeru semua pihak termasuk sektor awam dan swasta untuk menyokong perjuangan kemanusiaan ini. Kerjasama itu bertujuan mengumpulkan RM4.6 juta untuk membantu 22,000 orang pelarian dalam negara …

Kunjungan ke Exco Kerajaan Negeri Selangor

Kunjungan ke Exco Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM, 25 Mac 2021 – HALUAN telah melaksanakan kunjungan hormat kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Dr. Siti Mariah Mahmud, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor. Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Naib Presiden 4, Dr. Baharudin Suri. Turut serta adalah Ketua Biro Kebajikan HALUAN Encik Abdul …

HALUAN Terima Pelantikan Sebagai Badan Sukarela Program Agent Basmi COVID-19

HALUAN Terima Pelantikan Sebagai Badan Sukarela Program Agent Basmi COVID-19

23 Mac 2021, PUTRAJAYA — HALUAN telah menerima pelantikan sebagai Badan Sukarela bagi Program Agent Basmi COVID-19 (ABC-19) daripada Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), YBhg Datuk Dr. Aminuddin Hassim. Naib Presiden HALUAN bagi Kluster Kebajikan & Kemanusiaan, Dr. Baharudin Suri, telah menerima surat pelantikan tersebut dalam satu majlis di ibu pejabat NADMA, di …

Kenapa Muslim Lemah di Media?

Kenapa Muslim Lemah di Media?

BANDAR BARU BANGI, 24 Jan 2021 – Perkembangan teknologi media dewasa ini bukan lagi hanya pada cetakan, televisyen dan radio sahaja. Malah ianya jauh lebih besar dan jangkauannya sampai ke seluruh pelusuk dunia dengan adanya internet dan pelantar media sosial yang pelbagai seperti akhbar digital, Youtube, Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain sebagai medan penyampaian sesuatu …

Sabasun Serah Sumbangan Untuk Anak-anak Pelarian Palestin di Lubnan

Sabasun Serah Sumbangan Untuk Anak-anak Pelarian Palestin di Lubnan

Sumbangan bernilai RM100,000 membolehkan anak-anak pelarian Palestin mendapat pendidikan berterusan di Palestine Community Educare Centre (PCEC) yang beroperasi sejak 2019. KUALA TERENGGANU, 8 Januari 2021 – Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd (Sabasun) menyerahkan bantuan bernilai RM100,000 hasil sumbangan pelanggannya untuk pendidikan anak-anak pelarian Palestin di Lubnan melalui Palestine Community Educare Centre (PCEC) yang ditubuhkan oleh Pertubuhan …

HALUAN Putrajaya Bantu Mangsa Banjir Raub

HALUAN Putrajaya Bantu Mangsa Banjir Raub

RAUB, 9 Jan 2021 – Relawan HALUAN Putrajaya turun padang melakukan operasi pembersihan pasca banjir di Kampung Ajai di sini pada 8 Januari 2021. Kawasan yang rendah dan berdekatan sungai ini sering ditimpa bencana banjir dan sudah mangli dengan keadaan ini. Namun, banjir kali ini dikatakan paling dahsyat dan ia melebihi paras banjir pada tahun 1971 …

Operasi Pemulihan dan Pembersihan Pasca Banjir 2021 Pahang

Operasi Pemulihan dan Pembersihan Pasca Banjir 2021 Pahang

KUANTAN, 07 Jan 2021 – Operasi pemulihan dan pembersihan pasca banjir giat dilaksanakan oleh HALUAN cawangan Pahang dengan dibantu sukarelawan HALUAN Terengganu di Taman Maran Jaya, Maran. Operasi berkenaan turut dipantau oleh YB ADUN Luit, YB. Encik Mohd Sofian Abd Jalil dan Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Maran (Qadhi Daerah), Ust. Nik Ibrahim Nik Abdullah. …