fbpx

500 Hadiri Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN Kali Ke-34

500 Hadiri Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN Kali Ke-34

500 Hadiri Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN Kali Ke-34

KAJANG, 29 Jul 2023 – Lebih 500 ahli HALUAN Malaysia dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak hadir memeriahkan dan menjayakan Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) Kali ke-34 yang diadakan selama dua hari di Bangi Avenue Convention Center (BACC) hari ini.

Setelah terpaksa mengadakan mesyuarat secara dalam talian sepanjang tiga tahun lalu akibat pandemik COVID-19, buat pertama kalinya MTP dapat diadakan semula secara besar-besaran dan bersemuka dalam suasana penuh kemesraan.

Bertemakan “Kepimpinan Tunjang Perubahan Ummah,” MTP kali ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty. Dalam ucapannya,  beliau menegaskan bahawa umat Islam sedang berhadapan dengan peri bahaya yang boleh memusnahkan, termasuklah ancaman kepada akidah yang bergerak secara terancang. Pada masa yang sama, pandangan serong terhadap Islam terus berlaku.

Kita tidak boleh berpeluk tubuh, berdiam diri dengan keadaan yang mengancam akidah umat ini. Segala kemampuan dan kekuatan yang kita ada seharusnya digemblengkan untuk menanganinya,” ujar beliau sambil menegaskan bahawa usaha-usaha dakwah dan tarbiah secara berterusan dan berstruktur tidak boleh diabaikan sama sekali.

Turut hadir memeriahkan majlis perasmian adalah Presiden dan barisan kepimpinan HALUAN, ahli-ahli kehormat HALUAN serta para jemputan daripada kalangan rakan-rakan NGO, agensi-agensi kerajaan dan juga rakan kerjasama dari luar negara.

Bersempena majlis perasmian tersebut, Dr. Muhammad Nur telah sudi melancarkan dua buah buku yang masing-masing ditulis oleh Ahli Majlis Penasihat HALUAN, Ustaz Mohd Darus Senawi Ali, dan Ketua Biro Dakwah HALUAN, Ustaz Mohammad Umar Aiman Osman. 

Seperti lazimnya, para perwakilan dan pemerhati sentiasa menantikan Ucapan Dasar yang disampaikan oleh Presiden HALUAN Malaysia, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman. Penyampaian tersebut telah diadakan pada sesi petang, sementara wakil daripada setiap cawangan HALUAN membahaskan Ucapan Dasar pada sesi sebelah malam.

MTP kali ini turut dimeriahkan dengan gerai-gerai pameran,  jualan, serta promosi produk atau aktiviti masing-masing. Pameran tentang aktiviti dan projek utama HALUAN turut dipaparkan.


Laporan Unit Media HALUAN Malaysia.