fbpx

Berita

Kerjasama HALUAN dan PDRM Luaskan Jangkauan Bantuan Untuk Mangsa Banjir

Kerjasama HALUAN dan PDRM Luaskan Jangkauan Bantuan Untuk Mangsa Banjir

SEPANG, 3 Jan 2022 — Semangat kerjasama HALUAN dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Misi Bantuan Banjir Monsun Timur Laut (MTL) berjaya meluaskan lagi jangkauan agihan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Di samping bekerjasama mengagih bantuan untuk masyarakat, HALUAN juga menghulurkan bantuan kepada keluarga anggota PDRM yang turut menjadi mangsa dalam bencana ini. Menurut Pengarah Operasi …

Belia Pasca Pandemik – Baris Hadapan Pencetus Pembaharuan

Belia Pasca Pandemik – Baris Hadapan Pencetus Pembaharuan

BANDAR BARU BANGI, 27 Nov 2021 – KOBAR semangat melalui atas talian – julung kali pertemuan cendekiawan muda berdiskusi mengenai masa depan mereka. Biro Pemuda HALUAN menganjurkan konvensyen tahunan Konvensyen Belia Relawan HALUAN (KOBAR)  dengan bertemakan slogan “Belia Sebagai Frontliner Norma Baharu” pada 27 November 2021.  Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, KOBAR 2021 diadakan secara atas …

Air Bersih Untuk Pelarian Syria

Air Bersih Untuk Pelarian Syria

BANDAR BARU BANGI, 22 November 2021 — Kekurangan sumber air bersih sedang menjadi krisis kemanusiaan dan ancaman terbaharu di Al Bab, timur Aleppo, Syria. Seramai 300,000 orang terkesan dengan krisis air ini dan sebahagian besar daripada mereka adalah pelarian (IDP). Musim kemarau menyebabkan beberapa telaga yang sedia ada hampir ataupun sudah mula kekeringan. Sempena kempen …

Hadiah Ayam Goreng Sempena Deepavali

Hadiah Ayam Goreng Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR, 4 Nov 2021 – Pemuda-pemudi Biro HALUAN Fitrah (BHF) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah menyertai misi mahabah penghadiahan pek makanan berupa ayam goreng Kentucky Fried Chicken kepada mualaf dan masyarakat bukan Islam B40 sambil menjalin pertalian sejagat bersama golongan tersebut sempena Hari Deepavali yang jatuh pada 4 November lepas. Penggerak program terdiri …

Kembali Aktif Bantu Orang Asli Selepas Tamat PKP

Kembali Aktif Bantu Orang Asli Selepas Tamat PKP

AIR BANUN, GERIK, 23 Okt 2021 – Bukan hanya bantuan barangan dapur disalurkan kepada penduduk orang asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 malah HALUAN Pulau Pinang telah berusaha meneruskan perjuangannya mempertingkatkan keadaan sosio-ekonomi penduduk setempat melalui projek pertanian komersil. Selepas hampir setahun relawan HALUAN tidak dapat turun …

Jadual Siaran TV HALUAN Oktober 2021

Jadual Siaran TV HALUAN Oktober 2021

Takut terlepas slot perkongsian dan perbincangan ilmu di TVHALUAN? Jom lihat jadual bulan Oktober. Lepas tu, jangan lupa set reminder. Kalau terlepas, rugi nanti. 😉 Follow kami di platform Facebook dan YouTube HALUAN. Jom kita isi masa di rumah. Semoga bermanfaat! __Join Broadcast List HALUANhttp://broadcasthaluan.wasap.my

PANGGILAN AKHIR

PANGGILAN AKHIR

Dah dapatkan baju yang awesome ni? Kain microfiber dengan printing cantik, confirm tak menyesal! Jom tunjukkan solidariti anda! Kami akan CLOSE ORDER malam ni. Jangan lengah-lengah, terlambat nanti sedih. Tekan sahaja link di bawah: https://www.haluan.org.my/eshop __Join Broadcast List HALUANhttp://broadcasthaluan.wasap.my

Korban Menggamit Cinta Nabi Ibrahim

Membicarakan persoalan kecintaan, kecintaan kita kepada Allah SWT seharusnya diletakkan pada posisi paling utama. Sertai #korban pun haruslah diniatkan atas kecintaan kepada Allah SWT. Begitulah kisah Nabi Ibrahim, beliau mengutamakan CINTAnya kepada Allah SWT. Beliau harus menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS di atas perintah Allah SWT. Malah Siti Hajar & Nabi Ismail AS pun tidak …

Takziah

Takziah

HALUAN merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham Profesor Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan. Seluruh warga HALUAN turut bersedih di atas pemergian Allahyarham pada usia 65 tahun. Allahyarham merupakan Pemegang Amanah HALUAN. __Join Broadcast List HALUANhttp://broadcasthaluan.wasap.my

i-JDK 2021 Norma baru – High Iman, High Tech, dan High Touch

i-JDK 2021 Norma baru – High Iman, High Tech, dan High Touch

SHAH ALAM, 7 Jun 2021 – Seramai 101 orang peserta di kalangan lepasan SPM 2020 telah mendaftar dan turut bersama memeriahkan perasmian Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (i-JDK) 2021 tahun ini yang dilancarkan secara atas talian buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran JDK yang bermula dari tahun 2011. Ini berikutan situasi pandemik COVID-19 yang …