
HALUAN Lantik Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Baharu Bagi Sesi 2023-2025
KAJANG, 30 Jul 2023 – Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) HALUAN Kali Ke-34 telah melantik 32 orang ahli jawatankuasa kerja pusat baharu yang akan memikul tanggungjawab sepanjang tahun 2023 hingga 2025.
Keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di Bangi Avenue Convention Center (BACC) pagi tadi yang dihadiri lebih 500 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh tanah air.
Pelantikan kali ini menyaksikan lima orang wanita turut menyertai barisan pimpinan HALUAN Pusat. Seramai 11 orang muka baharu dilantik bagi meneruskan tanggungjawab yang dipikul oleh jawatankuasa terdahulu.
Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman kekal memimpin sebagai Presiden, manakala Ir. A Aziz Mat Ali memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden I dan Prof. Dr. Solehuddin Shuib sebagai Timbalan Presiden II. Sementara itu, Sr. Mohd Sabbri Md Yudin dan Eisa Mohamed masing-masing kekal memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari.
Berikut adalah senarai lantikan pimpinan tertinggi HALUAN:
Presiden: Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman
Timbalan Presiden I: Ir A Aziz Mat Ali
Timbalan Presiden II: Prof. Dr. Ir. Ts. Solehuddin Shuib
Naib Presiden 1: Prof. Dr. Ismail Ahmad
Naib Presiden 2: Ustaz Mohd Ashrof Lukman
Naib Presiden 3: Sr. Baderol Allam Awang
Naib Presiden 4: Dr. Baharudin Suri
Naib Presiden 5: Hasri Ahmad
Naib Presiden 6: Dr. Zurina Muda
Setiausaha Agung: Sr Mohd Sabbri Md Yudin
Bendahari: Eisa Mohamed.
Semoga pimpinan baharu HALUAN Malaysia ini dapat terus memacu organisasi dalam merealisasikan visi dan misinya, dengan berbekalkan perancangan dan usaha barisan pimpinan terdahulu.




—-
Laporan Unit Media HALUAN Malaysia