fbpx

Aktivis Muda HALUAN Sertai Kem Belia Antarabangsa di Indonesia

Aktivis Muda HALUAN Sertai Kem Belia Antarabangsa di Indonesia

Aktivis Muda HALUAN Sertai Kem Belia Antarabangsa di Indonesia

SEPANG, 31 Jul 2023 – Delegasi enam orang pemuda dan pemudi aktivis HALUAN Malaysia berlepas ke Indonesia bagi menyertai “Oh Very Young! International Youth Camp for Peace and Prosperity”, petang tadi.

Kem tersebut akan berlangsung selama 14 hari di mana pesertanya  dari pelbagai negara termasuk Turkiye, Kemboja dan Thailand. Para peserta bakal melalui acara-acara perbincangan dan aktiviti strategik bagi membina belia yang boleh berkolaborasi dalam pembangunan ummah. Acara-acara tersebut akan berlangsung di Jakarta, Malang dan Surabaya.

Naib Presiden 5 HALUAN Malaysia, Encik Hasri Ahmad hadir di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi melepaskan delegasi  tersebut. HALUAN Malaysia berharap program ini dapat memberi satu pendedahan dan lonjakan kepada aktivis mudanya dalam proses pembinaan pimpinan ummah dan organisasi kemasyarakatan.

—-

Laporan Biro Pemuda HALUAN Malaysia