fbpx

Korban Lebih Bermakna Bersama HALUAN

Korban Lebih Bermakna Bersama HALUAN

Korban Lebih Bermakna Bersama HALUAN

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2023 – Ibadah korban yang dilaksanakan melalui HALUAN Malaysia merupakan salah satu elemen penting bagi kesinambungan serta penyuburan gerak kerja dakwah di luar dan dalam negara. Antara penerima manfaat secara langsung daripada ibadah korban ini termasuklah golongan mualaf, orang asli, golongan B40, dan juga umat Islam yang dibelenggu kemiskinan.

Ketika berucap melancarkan Program Ibadah Korban HALUAN 1444H/2023M di sini hari ini, Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman berkata bahawa ibadah korban merupakan suatu syiar penting yang mesti ditonjolkan dalam masyarakat Islam. Menurut beliau, terdapat banyak hikmah dan manfaat daripada ibadah ini. Yang paling utama, ia membawa sinar dan kegembiraan kepada keluarga-keluarga daripada golongan yang tidak berkemampuan apabila daging-daging korban diedarkan kepada mereka. “Sehingga sebahagian ulamak berpandangan bahawa tuntutan melaksanakannya mencapai tahap wajib, khususnya bagi mereka yang berkemampuan.”

“Alhamdulillah kami dapat melaksanakan ibadah ini bersama ahli, relawan dan masyarakat di kampung dan bandar sejak awal penubuhan HALUAN. Seterusnya dengan kerjasama pelbagai pihak dan rakan NGO, wang korban yang kami kumpulkan daripada penyertaan masyarakat umum itu membolehkan kita melaksanakan korban bersama masyarakat Islam di luar negara sejak tahun 2000 lagi,” tegas beliau.

Masyarakat disaran merancang kewangan secara teliti agar dapat menyimpan wang dan tidak terlepas peluang melaksanakan ibadah korban kali ini. HALUAN menawarkan pakej korban serendah RM320, membolehkan setiap golongan masyarakat merebut peluang beribadah.

Bagi mereka yang masih belum berkemampuan, HALUAN menawarkan pakej “Sedekah Daging” di mana dengan RM100 sahaja, para peserta dapat bersama mengumpulkan daging sembelihan untuk diagihkan kepada mereka yang sangat memerlukan di dalam negara, Filipina, Palestin dan juga Syria. Walaupun ia bukan seperti ibadah korban satu bahagian daripada lembu atau seekor kambing, namun pahala sedekah akan tetap diperolehi daripada Allah SWT.

Selain di bumi Malaysia ini sendiri, Program Ibadah Korban ini akan turut dilaksanakan di 19 negara lain, dari Thailand hinggalah ke Eriteria dan Palestin. Antara lain, upacara sembelihan diadakan di perkampungan orang asli di Gerik, juga di Gaza dan kem-kem pelarian di Somalia. Di Filipina, majlis diadakan bersama NGO tempatan bagi meraikan golongan mualaf dan masyarakat Islam miskin yang ramai di sana.

Anda berhasrat sertai Korban atau Sedekah Daging?

Sila layari www.korban.haluan.org.my untuk menyertai ibadah korban 1444H. Penyertaan akan ditutup pada hari Ahad, 25 Jun, 2023.

Atau berhubung terus ke talian 011-20511909 untuk pendaftaran secara manual.

—-

Laporan Biro Media HALUAN