fbpx

Posts Tagged: Humanitarian Missions

Redah Salji Demi Amanat

Redah Salji Demi Amanat

AJLOUN, JORDAN, 26 Jan 2016 — Tiga orang relawan HALUAN yang diketuai oleh Encik Mohd Mukhlis Mohd Nazri telah menyampaikan bantuan kecemasan kepada sebuah keluarga pelarian Syria yang dalam kesusahan akibat peperangan saudara dan terpaksa mengharungi kesejukan salji di Ajloun sempena kempen yang dilancarkan oleh HALUAN iaitu Warmth for Syria 2016. Pihak HALUAN telah melawat …

Bantuan Warmth 2016 Untuk Syria Mula Diagih

Bantuan Warmth 2016 Untuk Syria Mula Diagih

AMMAN, JORDAN, 23 Januari, 2016 — Sebanyak 350 buah keluarga yang melibatkan 1,750 orang pelarian Syria sekitar Jordan akan mendapat bantuan musim sejuk bagi tahun 2016 yang diagihkan oleh HALUAN dan Hands to Syria UTM dengan kerjasama Islamic Centre Charity Society (ICCS), sebuah NGO tempatan Jordan. Misi bantuan warmth yang bermula 22 Januari lepas mula …

Anak Yatim di Kem Ein Al-Hilweh Berterima Kasih Atas Bantuan Sara Hidup

Anak Yatim di Kem Ein Al-Hilweh Berterima Kasih Atas Bantuan Sara Hidup

LUBNAN, 24 Nov 2015 — 100 anak yatim Palestin dan Syria yang menumpang hidup di Kem Pelarian Ein al-Hilweh di Lubnan menerima sumbangan tajaan sara hidup mereka bagi bulan November 2015, dengan penuh rasa syukur dan terima kasih. Program tajaan sara hidup US$50 setiap orang bagi anak-anak yatim Palestin dan Syria yang dilancarkan secara kerjasama …

Warmth Tiba Untuk Syria 2015

Warmth Tiba Untuk Syria 2015

AMMAN, JORDAN, 23 Nov 2015 — “Syukran Malaysia!” Inilah kalimat yang diucapkan pelarian rakyat Syria kepada HALUAN semasa Misi Kemanusiaan Warmth for Syria di Jordan. Pada tahun ini, HALUAN sekali lagi melancarkan kempen Warmth for Syria dengan kerjasama Kelab Siswa HALUAN Jordan dan juga Islamic Centre Charity Society (ICCS), sebuah NGO tempatan. Misi yang bermula …

HALUAN Selangor Buka Bilik Gerakan Banjir

HALUAN Selangor Buka Bilik Gerakan Banjir

KUALA SELANGOR, 22 Nov 2015 – HALUAN Cawangan Selangor telah melancarkan bilik gerakan banjir negeri dan menghantar beberapa orang relawan ke pusat pemindahan banjir di Kuala Selangor bagi membantu mangsa banjir di sana. Lima orang relawan yang diketuai oleh Encik Muhammad Muzakkir Che Ani telah bergerak dari Shah Alam ke Pusat Pemindahan Banjir di SK …

Pasukan HALUAN Selamat Tiba di Kabul

Pasukan HALUAN Selamat Tiba di Kabul

KABUL, AFGHANISTAN, 12 Nov 2015 — Dua sukarelawan HALUAN yang berlepas ke Afghanistan dalam misi bantuan kemanusiaan gempa bumi yang berlaku 26 Oktober lepas telah selamat tiba di ibu negara berkenaan setelah menempuh perjalanan hampir 24 jam dari Malaysia. Pasukan HALUAN yang menyertai gabungan NGO-NGO Malaysia tersebut selamat mendarat di Lapangan Terbang K. Rawash, Kabul …

HALUAN Sabah Bantu 152 Pelajar Mangsa Kebakaran Simunul

HALUAN Sabah Bantu 152 Pelajar Mangsa Kebakaran Simunul

SEMPORNA, 30 Okt 2015 – HALUAN Sabah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Semporna telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan kepada 152 pelajar mangsa kebakaran Simunul pada 23 Oktober lepas bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Bubul, Semporna. Bantuan ini adalah insiatif HALUAN bagi membantu dan meringankan segala kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa akibat dari musibah yang menimpa …

P. Pinang Bersatu Kutuk Pencerobohan Baitul Muqaddis

P. Pinang Bersatu Kutuk Pencerobohan Baitul Muqaddis

SEBERANG JAYA, 30 Okt 2015 — Penderitaan rakyat Palestin dan protes terhadap kepungan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh rejim teroris Zionis tetap mendapat perhatian berterusan rakyat Malaysia dari segenap lapisan. Sebuah Sekretariat Kempen Menyelamatkan Al Quds Peringkat Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh gabungan NGO-NGO Islam yang turut disertai oleh HALUAN cawangan Negeri Pulau Pinang. …

Jom Hangatkan Mangsa Perang Syria

Jom Hangatkan Mangsa Perang Syria

JORDAN, 29 Okt 2015 – Di pinggir Kem Pelarian Zaatari, 50 km daripada ibu negara Amman, dua anak kecil berlari-lari cemas di celahan timbunan pasir. Mereka mengutip kayu api di sekeliling kem yang mereka duduki untuk dijadikan bekalan menghadapi musim sejuk yang semakin hampir. Kesejukan yang melampau memaksa mereka untuk mencari kayu api untuk dijadikan …

Kampung Mesilou Disantuni Pasca Bencana

KUNDASANG, 11 Julai 2015 – Susulan Misi Kemanusiaan Gempa dan Banjir Ranau 2015, HALUAN Cawangan Sabah terus menggiatkan aktiviti yang dapat menjalin hubungan silaturrahim dengan penduduk di Kampung Mesilou. Sebelum ini, penduduk Kampung Mesilou telah mendapat bantuan yang disalurkan oleh HALUAN hasil sumbangan masyarakat semasa misi kemanusiaan tersebut dilaksanakan. Sebagai aktiviti susulan, HALUAN Sabah dengan …