fbpx

Warmth Tiba Untuk Syria 2015

Warmth Tiba Untuk Syria 2015

Warmth Tiba Untuk Syria 2015

AMMAN, JORDAN, 23 Nov 2015 — “Syukran Malaysia!” Inilah kalimat yang diucapkan pelarian rakyat Syria kepada HALUAN semasa Misi Kemanusiaan Warmth for Syria di Jordan.

Pada tahun ini, HALUAN sekali lagi melancarkan kempen Warmth for Syria dengan kerjasama Kelab Siswa HALUAN Jordan dan juga Islamic Centre Charity Society (ICCS), sebuah NGO tempatan.

Misi yang bermula sejak 16 November ini telah berjaya membantu hampir 300 pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di Jordan bagi menghadapi musim sejuk yang sudah pun bermula.

Rata-rata rakyat Syria yang menerima bantuan daripada sumbangan rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih dan bersyukur di atas keprihatinan dan kepekaan rakyat Malaysia terhadap musibah yang melanda mereka. Mereka juga turut merasa terharu dengan bantuan yang tidak pernah putus daripada saudara- saudara se-Islam mereka dari serata dunia.

Fokus HALUAN untuk misi kali ini ialah memastikan setiap keluarga mendapat keperluan yang mencukupi untuk mengelakkan mereka berada dalam kesejukan dan kelaparan. Sehingga hari ini, HALUAN sudah berjaya menyampaikan bantuan rakyat Malaysia yang berupa selimut, makanan asasi dan juga alat pemanas.

Pasukan yang diwakili oleh Setiausaha Kerja Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Encik Muhammad Shakir Sabarudin dan Encik Muhammad Qawiem Abdul Baki telah melawat dan menyerahkan bantuan di empat tempat iaitu di Amman, Mafraq, Ramtha dan Husn.

Misi yang sudah memasuki hari ketujuh ini akan diteruskan dengan penyampaian bantuan di beberapa tempat lagi seperti di sekitar kawasan Jerash dan Amman.

Teruskan sumbangan anda demi membantu mangsa pelarian Syria dan di beberapa lokasi lagi dengan menderma ikhlas ke:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

*Sila email slip/resit sumbangan [Warmth4Syria] ke unit.kewangan@haluan.org.my

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:
✔Hotline: +60182401141 (Call/SMS/Whatsapp) – 24jam
✔Phone: +60389268892
✔Fax: +60389266892
✔Email: info@haluan.org.my


Laporan Muhammad Qawiem Abdul Baki, AJK Biro Misi Kemanusiaan HALUAN