fbpx

P. Pinang Bersatu Kutuk Pencerobohan Baitul Muqaddis

P. Pinang Bersatu Kutuk Pencerobohan Baitul Muqaddis

P. Pinang Bersatu Kutuk Pencerobohan Baitul Muqaddis

SEBERANG JAYA, 30 Okt 2015 — Penderitaan rakyat Palestin dan protes terhadap kepungan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh rejim teroris Zionis tetap mendapat perhatian berterusan rakyat Malaysia dari segenap lapisan.

Sebuah Sekretariat Kempen Menyelamatkan Al Quds Peringkat Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh gabungan NGO-NGO Islam yang turut disertai oleh HALUAN cawangan Negeri Pulau Pinang. Turut serta dalam sekretariat tersebut adalah gabungan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau seluruh Pulau Pinang. Gabungan kesatuan ini menampakkan kekuatan serta perpaduan ummah di negeri ini dalam memperjuangkan hak pembebasan Palestin dan Al-Quds.

Di antara objektif sekretariat ini ialah mengembelingkan kekuatan umat Islam melalui institusi masjid dan surau dan disokong oleh Pertubuhan- pertubuhan Bukan Kerajaan dalam menjalankan aktiviti kesedaran masyarakat untuk menyokong Intifadah Palestin dan pembebasan Al Quds daripada penjajahan dan kezaliman rejim Haram Israel.

Salah satu daripada aktiviti dirancang ialah menganjurkan bacaan khutbah Jumaat tentang Al-Aqsa dan seterusnya mengadakan himpunan umum mengutuk kekejaman Israel di Baitul Maqdis.

Khutbah Jumaat yang menghuraikan permasalahan Al-Quds telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Nasir. Khatib telah menjelaskan sejarah Al-Aqsa dan tipu daya dan kedengkian kaum Yahudi laknatullah dari zaman Nabi lagi semasa Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah Munawarah. Mereka membuat komplot untuk membunuh Rasulullah SAW dan menghancurkan umat Islam di Madinah kerana takut umat Islam akan menguasai Madinah.

Dalam ucapan semasa himpunan, Encik Noorazman Shamsuddin, Timbalan Ketua Biro HALUAN Palestin, telah mengingatkan jamaah yang hadir bahawa kehancuran rejim Zionist Israel sudahpun hampir. Kewajipan umat Islam adalah untuk menyokong dan membantu perjuangan untuk membebaskan Al Aqsa dengan apa cara sekalipun. Umat ini kena ujudkan ciri-ciri tentera Salahuddin Al-Ayubi iaitu melaksanakan ubudiyah kepada Allah SWT sama ada yang wajib atau sunnat.

Sementara itu, penceramah kedua, Dr. Roslan Ahmad daripada Aqsa Syarif telah mengajak para jamaah untuk bersama-sama dengan Sekretariat Kempen Menyelamatkan Al Aqsa Negeri Pulau Pinang menjalankan kempen kesedaran dan memberi sumbangan untuk membantu membebaskan Al Aqsa dan bumi Palestin.

Semasa perhimpunan, pelbagai jeritan dan laungan slogan didengarkan. Antaranya “Hancur! Hancur! Israel”, “Hancur! Hancur! Hancur Amerika” dan “Hancur! Hancur! Hancur! Penyokong Yahudi” Sejumlah RM3937.00 telah berjaya dipungut oleh relawan Aqsa Syarif dan HALUAN.


Laporan oleh Encik Abd. Halim Khudri, AJK Biro HALUAN Palestin