fbpx

Posts Tagged: HALUAN pulau pinang

Kunjungan Hormat HALUAN – Yayasan Emkay

Kunjungan Hormat HALUAN – Yayasan Emkay

AIR BANUN, GRIK, 25 Feb 2019 — Bagi merapatkan hubungan kerjasama korporat bersama agensi swasta, HALUAN Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Emkay baru-baru ini. Rombongan HALUAN disambut penuh mesra oleh Ketua Pengawai Eksekutif Yayasan Emkay, Puan Zainon Kassim. Pertemuan yang melibatkan seramai enam orang ahli HALUAN ini diketuai oleh YDP HALUAN …

Walimatul Urus Pasangan Pengantin Orang Asli

Walimatul Urus Pasangan Pengantin Orang Asli

AIR BANUN, GERIK,  9 Feb 2019 – HALUAN dalam usaha meneruskan hubungan ukhuwah turut memeriahkan upacara angkat nikah serta jamuan kenduri untuk dua pasangan mempelai orang asli di Kampung Sungai Raba di sini. Aktivis Kemanusiaan HALUAN, Ustaz Fazlon Abd Rahim telah mewakili HALUAN dalam majlis tersebut. HALUAN diberikan penghormatan untuk menyediakan hidangan meja pengantin untuk …

Tanaman Sayuran Fokus Masyarakat Air Banun

Tanaman Sayuran Fokus Masyarakat Air Banun

AIR BANUN, GERIK, 4 Feb 2019 — Penggalakkan sosio-ekonomi penduduk orang asli di Kampung Air Banun di sini semakin rancak dengan pelancaran fasa pertama projek pertanian tanaman kontan komersil oleh HALUAN Pulau Pinang, dengan kerjasama Politeknik Sultanah Bahiyah (PoliKasih), Kulim. Sebidang tanah subur bersebelahan air mengalir jernih Sungai Air Banun telah dikenalpasti sebagai tapak percubaan …

Kempen Kebersihan Diri, Pertanian Untuk Orang Asli

Kempen Kebersihan Diri, Pertanian Untuk Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 20 Nov 2018 – HALUAN cawangan Pulau Pinang sekali lagi menyantuni hampir 100 penduduk Kampung Air Banun di sini dengan kempen kepentingan penjagaan kebersihan diri. Setelah sekian kali memasuki beramah mesra dengan penduduk di situ, penganjur bersepakat untuk meningkatkan tahap penjagaan kebersihan penduduknya. Menurut ketua sukarelawan projek orang asli HALUAN Pulau Pinang, …

Kem Smart Solat Sg Raba, Perak

Kem Smart Solat Sg Raba, Perak

SUNGAI RABA, GERIK, 15 Nov 2018 – HALUAN cawangan Pulau Pinang sekali lagi telah tampil membantu usaha dakwah kepada orang asli di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan membantu melaksanakan program Kem Ibadah Pelajar (Smart Solat) Sekolah RPS Air Banun di sini. Pihak HALUAN telah dijemput menjayakan program tersebut khusus untuk pelajar asrama …

Tinjau Tapak Pertanian Kampung Orang Asli

Tinjau Tapak Pertanian Kampung Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 28 Okt 2018 – HALUAN cawangan Pulau Pinang sedia membantu aktiviti pertanian kelompok orang asli di Kampung Air Banun di sini sebagai inisiatif mempertingkatkan pendapatan penduduk kampung berkenaan. Semalam sepasukan tiga orang sukarelawan HALUAN telah meninjau kawasan kampung berkenaan demi mengenalpasti cabaran yang bakal dihadapi oleh penduduk sekiranya projek berkenaan dijalankan. Mereka …

Tandas Sempurna, Penduduk Sihat

Tandas Sempurna, Penduduk Sihat

GERIK, PERAK, 16 Sept 2018 – Biro Kesihatan HALUAN (BKH) cawangan Pulau Pinang telah membawa mesej kepentingan kebersihan kumbahan kepada penduduk kampung orangasli di sini dengan membaiki sistem tandas awam mereka di surau Kampung Sungai Raba. Surau yang digunakan untuk bersolat Jumaat itu telah sekian lama rosak terutama tandas untuk wanita hinggakan tidak dapat diguna …

HALUAN – PTSB Jalin Kolaborasi Rasmi

HALUAN – PTSB Jalin Kolaborasi Rasmi

KULIM, 7 Mac 2018 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di sini telah menandatangani Sijil Jalinan Kerjasama semalam dengan beberapa buah agensi kerajaan, syarikat swasta dan NGO demi memperkasakan kualiti graduannya. Pada hari Selasa 6hb Mac, PTSB melalui Pengarahnya, Mej. (K) Mohd Noor Shahudin, telah memetrai perjanjian dengan FAMA negeri Kedah, Ptime Resources, HALUAN, HERE …

Madrasah Perkampungan Rohingya Disantuni

Madrasah Perkampungan Rohingya Disantuni

BUTTERWORTH, 11 Okt 2017 — HALUAN Cawangan Pulau Pinang telah menyerahkan sumbangan material untuk meringankan beban penduduk perkampungan Rohingya di Bagan Dalam di sini. Sumbangan yang termasuk kipas dinding, tikar getah, kerusi plastik dan buku iqra diserahkan kepada Madrasah Zainun Naim di perkampungan berkenaan. Sumbangan peralatan tersebut telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shukri Nordin, mewakili …

Pameran Misi Kemanusiaan di Politeknik

Pameran Misi Kemanusiaan di Politeknik

ULIM, 18 Sept 2017 — HALUAN dengan motto, “Berakhlak, Mendidik & Berbakti” sentiasa peka dan aktif dalam menyantuni isu kemanusiaan di dalam dan di luar negara sama ada bersendirian atau bekerjasama dengan organisasi lain. Sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim baru-baru ini, HALUAN dengan kerjasama sukarelawan terdiri daripada Pusat Dakwah & Tarbiah Al-Jazari, di …