fbpx

Jom Hangatkan Mangsa Perang Syria

Jom Hangatkan Mangsa Perang Syria

Jom Hangatkan Mangsa Perang Syria

JORDAN, 29 Okt 2015 – Di pinggir Kem Pelarian Zaatari, 50 km daripada ibu negara Amman, dua anak kecil berlari-lari cemas di celahan timbunan pasir. Mereka mengutip kayu api di sekeliling kem yang mereka duduki untuk dijadikan bekalan menghadapi musim sejuk yang semakin hampir. Kesejukan yang melampau memaksa mereka untuk mencari kayu api untuk dijadikan bahan bakar. Di kemuncak musim saljinya nanti, mereka akan terpaksa mencari perlindungan daripada suhu mencecah –5 darjah Celsius. Ramai yang pastinya akan mati kesejukan – bayi, kanak-kanak, warga emas dan wanita. Itu sudah pasti. Tetapi buat masa ini, mereka perlu persiapkan diri.

Inilah realiti pahit yang sedang dihadapi pelarian Syria setelah negara tercinta mereka ditimpa musibah peperangan saudara angkara puak syiah yang tidak ada batas perikemanusiaan. Ditambah pula dengan kekurangan makanan asasi serta ubat-ubatan menjadikan kehidupan pelarian-pelarian Syria ini bertambah perit lagi menyayatkan hati.

Konflik perebutan politik yang menimpa Syria menyebabkan ribuan rakyat mati dibunuh oleh regim Bashar al-Assad hari demi hari. Menurut statistik rasmi, seramai 214,000 warga Syria telah menemui ajal akibat kancah yang bagai tiada kesudahan itu sejak 2011. Walaupun didesak oleh dunia melalui PBB dengan mengemukakan pelan genjatan senjata dan perdamaian, namum regim Bashar dengan angkuh bukan sahaja tidak mengendahkan jeritan dunia, malah terus membuat penafian demi penafian dan meneruskan pembunuhan kejam ke atas rakyatnya sendiri yang tidak berdosa.

Malah konflik politik di Syria menjadi lebih kompleks apabila kuasa-kuasa besar mula melibatkan ketenteraan seperti Amerika Syarikat, China dan Russia termasuklah Iran dan Lubnan. Rejim Bashar al-Assad yang pada suatu ketika semasa konflik hampir tewas segera didokong oleh puak syiah Iran dan Lubnan agar tidak jatuh. Rejim yang kejam ini terus menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya setelah kuasa-kuasa besar membantu rejim itu dengan mengebom posisi puak mujahidin penentang tetapi disorokkan daripada mata dunia seolah-olah yang dibom itu adalah rejim Bashar sendiri. Bashar dibekali senjata berat kereta kebal, roket, senjata-senjata kimia dan lain-lain oleh puak syiah luar dan juga pakatan kuasa besar serta terus memusnahkan bangunan-bangunan, infrastruktur awam termasuklah rumah dan masjid. Syiah tidak rela Syria terlepas daripada genggaman mereka. Kuasa-kuasa besar tidak rela golongan mujahidin Islam sejati memerintah Syria baru, yang tidak akan menyokong Barat mahupun Russia jika mereka menang. Lebih baik ganyang dari kedua-dua arah asalkan Islam sejati tidak berkuasa.

Rakyat Syria terutamanya kanak-kanak dan wanita melarikan diri daripada kekejaman dan berlindung di negara-negara jiran seperti Jordan, Turki, Lubnan, Iraq dan Mesir, malah ada juga yang melarikan diri ke negara-negara Eropah yang memberi suaka politik jiran seperti Jordan, yang tidak berdosa meningkat pelarian Syria yang akan menyebabkan hari demi hari tidak kunjung. Para pelarian mengambil kesempatan daripada hubungan kekeluargaan yang sedia ada di negara-negara tersebut. Lebih dari sejuta pelarian telah menyeberangi Lubnan untuk mencari perlindungan dan kawasan tumpuan utama ialah di utara Lubnan.

Pelarian Syria di sempadan Jordan juga menghadapi situasi yang sama. Semakin hari, semakin ramai yang mencari perlindungan di wilayah sempadan Jordan yang kini telah mencatatkan jumlah melebihi 600,000 orang. Begitu juga di Iraq dengan hampir 200,000 pelarian Syria mendapatkan perlindungan di negara tersebut. Selain pelarian di keempat-empat buah negara itu, ribuan rakyat Syria berhijrah merentas negara-negara Balkan ataupun perairan laut Mediterranean menuju ke Austria, malah lebih ramai lagi yang menjadi pelarian dalam negara mereka sendiri yang mengalami kemusnahan kediaman, putusnya bekalan makanan serta ubat-ubatan. Rakyat yang dianggap penentang regim ini bukan sahaja diburu malah dinafikan untuk mendapat bantuan kebajikan dan rawatan perubatan.

Peningkatan demi peningkatan jumlah rakyat Syria sebagai pelarian menyebabkan rakyat Syria, yang suatu masa dahulu maju seperti rakyat Malaysia, semakin tertekan ditambah lagi dengan bilangan bantuan yang terhad yang mereka terima. Musim sejuk kali ini yang dijangkakan terburuk menambahkan lagi beban yang dipikul dan dihadapi oleh para pelarian dengan persediaan kelengkapan yang amat terbatas. Ramai dijangkakan gugur bukan kerana bom, tetapi suhu.

Atas kesedaran keprihatinan ini, HALUAN terus cakna dan akan meneruskan misi membantu saudara-saudara kita yang menjadi mangsa konflik di sana. HALUAN sudah sekian lama membantu pelarian Syria sejak tahun 2012 lagi. Dengan ini, HALUAN melancarkan “Kempen Warmth for Syria” (Kepanasan Untuk Syria).

Fokus kempen kali ini ialah untuk menyambung pembiayaan klinik di salah sebuah penempatan pelarian Syria di Sakan Karamah yang menempatkan hampir 100 buah keluarga.

Selain itu, kami akan memberi tumpuan perlindungan suhu dengan memberi bantuan alat pemanas bagi mereka menghadapi musim sejuk yang sedang melanda kem sekitar sempadan Jordan. Dengan suhu sejuk yang melampau, kempen kali ini meletakkan sasaran “Satu Keluarga, Satu alat Pemanas”.

Tidakkah tergerak hati kita untuk menghulurkan sedikit daripada rezeki yang kita ada untuk membantu mereka sekaligus meraih pahala di sisi Allah SWT? Ingatlah kepada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud, “Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah SWT akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat. Barang siapa memudahkan orang yang sedang dilanda kesusahan, maka Allah SWT akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.” HR Muslim.

Masyarakat prihatin yang ingin membantu rakyat Syria melalui “Kempen Warmth for Syria” oleh HALUAN disaran menyalurkan derma melalui:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

*Sila email slip/resit sumbangan ke unit.kewangan@haluan.org.my

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:
✔Hotline: +60182401141 (Call/SMS/Whatsapp) – 24jam
✔Phone: +60389268892
✔Fax: +60389266892
✔Email: info@haluan.org.my

Semoga sumbangan anda dirahmati Allah SWT.


Laporan oleh Muhammad Qawiem Abdul Baki, AJK Biro Misi Kemanusiaan HALUAN