fbpx

Redah Salji Demi Amanat

Redah Salji Demi Amanat

Redah Salji Demi Amanat

AJLOUN, JORDAN, 26 Jan 2016 — Tiga orang relawan HALUAN yang diketuai oleh Encik Mohd Mukhlis Mohd Nazri telah menyampaikan bantuan kecemasan kepada sebuah keluarga pelarian Syria yang dalam kesusahan akibat peperangan saudara dan terpaksa mengharungi kesejukan salji di Ajloun sempena kempen yang dilancarkan oleh HALUAN iaitu Warmth for Syria 2016.

Pihak HALUAN telah melawat ke rumah tersebut dan mendapati rumah yang didiami mereka serba kekurangan, hanya beratap dan bertingkapkan plastik. Kesusahan mereka pernah mendapat liputan stesen TV Al-Jazeera.

Encik Mohd Mukhlis berkata, “pihak kami menyampaikan bantuan kecemasan kepada keluarga pelarian Syria yang terjejas disebabkan salji setelah menonton berita Al-Jazeera yang menceritakan tentang penderitaan mereka.”

Ajloun merupakan sebuah kawasan tinggi yang terletak di kawasan utara Jordan yang mengalami suhu terendah sebanyak -5C. Walaupun salji menebal dan turun dengan lebat, ia bukan halangan untuk para relawan menyampaikan amanat rakyat Malaysia. Salji setebal 0.5m sanggup diredah demi amanat selaras dengan moto HALUAN iaitu “Berakhlak, Mendidik dan Berbakti”.

Pihak HALUAN mengalu-alukan mana-mana badan kerajaan, swasta, surau, masjid dan institusi pendidikan untuk menjemput kami berkongsi pengalaman dan memberi penerangan tentang isu kemanusiaan Syria.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:
✔Hotline: +601114193929 (Call/SMS/Whatsapp) – 24jam
✔Phone: +60389268892
✔Fax: +60389266892
✔Email: info@haluan.org.my


Sumbangan ikhlas tuan-puan kepada mereka yang memerlukan boleh disumbangkan melalui:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

*Sila emel slip/resit sumbangan [Warmth4Syria] ke unit.kewangan@haluan.org.my

Semoga sumbangan anda dirahmati Allah SWT.

‎yourhandtheirhope‬

‎Warmth4Syria‬

‎SaveTheChildrenOfSyria‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬


Laporan Mohd Mukhlis Mohd Nasri, Ketua Misi