fbpx

Posts Tagged: Humanitarian Missions

SINAR4ROHINGYA: Bantuan Diagihkan Untuk Pelarian Yang Baharu Tiba Di Teknaf

SINAR4ROHINGYA: Bantuan Diagihkan Untuk Pelarian Yang Baharu Tiba Di Teknaf

TEKNAF, 28 Sep 2017 — Pasukan SINAR4ROHINGYA dari gabungan relawan HALUAN, MAPIM, Yayasan Amal Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim dengan kerjasama NGO tempatan dan pasukan tentera mula mengagih bantuan untuk pelarian Rohingya di Teknaf, tenggara Bangladesh. Sebanyak 1,500 pek makanan telah diagihkan kepada pelarian-pelarian yang baharu tiba di Kem Balukhali, dengan dikawal selia oleh …

Pameran Misi Kemanusiaan di Politeknik

Pameran Misi Kemanusiaan di Politeknik

ULIM, 18 Sept 2017 — HALUAN dengan motto, “Berakhlak, Mendidik & Berbakti” sentiasa peka dan aktif dalam menyantuni isu kemanusiaan di dalam dan di luar negara sama ada bersendirian atau bekerjasama dengan organisasi lain. Sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim baru-baru ini, HALUAN dengan kerjasama sukarelawan terdiri daripada Pusat Dakwah & Tarbiah Al-Jazari, di …

Pelarian Rohingya Dapat Khidmat Kesihatan Percuma

Pelarian Rohingya Dapat Khidmat Kesihatan Percuma

SRI KEMBANGAN, 27 Ogos 2017 – Seramai 106 orang warga Rohingya dari kawasan Sri Kembangan, Selangor, telah disantuni oleh HALUAN yang menjalankan pemeriksaan dan rawatan kesihatan baru-baru ini. Program kesihatan itu telah dilaksanakan oleh Biro Misi Kemanusiaan dengan kerjasama Biro Kesihatan HALUAN. Seramai 14 orang sukarelawan yang terdiri daripada doktor, jururawat dan ahli farmasi HALUAN …

Jom Taja Anggota Palsu Untuk Pelarian Syria

Jom Taja Anggota Palsu Untuk Pelarian Syria

BANDAR BARU BANGI, 1 Ogos 2017 – HALUAN akan melaksanakan projek yang dinamakan “Prosthesis for Syrians” khusus untuk membiayai perbelanjaan anggota-anggota palsu untuk pelarian Syria. Kos pembiayaan anggota palsu untuk seorang penerima adalah RM9,000 dan jumlah penerima yang disasarkan adalah seramai 20 orang berjumlah RM180,000. Projek ini dianjurkan oleh HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaan dan …

KENYATAAN MEDIA: HALUAN dan Yayasan Amal Bantu Projek Mikro Ekonomi Dan Bina Telaga Tiub di Kem Pelarian Rohingya

KENYATAAN MEDIA: HALUAN dan Yayasan Amal Bantu Projek Mikro Ekonomi Dan Bina Telaga Tiub di Kem Pelarian Rohingya

Untuk Siaran Segera, Mei 11, 2017 1) LAPAN relawan Malaysia selamat tiba di KLIA awal pagi ini setelah berada di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh, bagi melaksanakan projek bantuan susulan Misi Food Flotilla For Myanmar Februari lalu serta kesinambungan misi-misi bantuan kemanusiaan yang dilakukan sebelum ini. Mereka adalah Sukarelawan HALUAN i. Abd Basir …

Serahan Tajaan Halakat Al-Quran Anak Gaza

Serahan Tajaan Halakat Al-Quran Anak Gaza

GAZA, 26 Apr 2017 — HALUAN telah menyerahkan sumbangan masyarakat prihatin Malaysia bagi menaja halakat al-Quran anak-anak Gaza di Masjid Lama Al-Ajmi di sini, untuk bulan April 2017. Setiap tahun, Semenanjung Gaza melahirkan ribuan huffaz melalui kem-kem hafazan dan halakah al-Quran. Dengan program seperti ini, mereka dapat membentuk generasi yang berilmu, berakhlak baik dan bersemangat …

Kempen ‘Global Campaign to Break the Siege on Gaza’

Kempen ‘Global Campaign to Break the Siege on Gaza’

GAZA, 22 April 2017 — Hari ini, 22 April 2017 genap 11 tahun rejim penjajah Israel mengepung bumi Gaza. Tahun demi tahun kepungan semakin serius dan buruk, menyebabkan keadaan kehidupan dan sosio-ekonomi lebih 2 juta penduduk Gaza semakin teruk. Akibat kepungan semua laluan darat, laut dan udara dan penutupan pintu lintasan di sempadan Rafah oleh …

Perak Lancar Kursus Asas Misi Kemanusiaan

Perak Lancar Kursus Asas Misi Kemanusiaan

IPOH, 12 Mac 2017 — Seramai 43 orang peserta telah hadiri Kursus Asas Kemanusiaan dan Kesukarelawanan di sini anjuran Biro Misi Kemanusiaan HALUAN Perak dengan kerjasama Kelab Belia Haluan Ipoh (KBHI) pada 11 Mac. Kursus di dewan Sekolah Rendah Al-Ihsan (SERI) itu disertai relawan dan pasukan KBHI Crew sendiri. Program bermula pada pukul 9.30 pagi …

Derma Anda Sampai ke Syria

Derma Anda Sampai ke Syria

LUBNAN, 6 Mac 2017 — Misi Warmth for Syria-Lebanon yang sudah tiba di sana telah memulakan aktiviti pada hari ini. Sukarelawan HALUAN telah dibawa bertemu lima pertubuhan di lokasi untuk memulakan kerjasama aktiviti kemanusiaan secara lebih meluas lagi. Pasukan tersebut telah mengunjungi pejabat Humanitarian Relief for Development (Al-Ghawth) untuk penyerahan wang bantuan kemanusiaan hasil derma …

Misi Food Flotilla For Myanmar Dilancar

Misi Food Flotilla For Myanmar Dilancar

foodflotilla-berlepas-1PORT KLANG, 3 Feb 2017 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Kapal Flotilla Food For Myanmar, yang belayar dengan membawa muatan kira-kira 2,300 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan di Terminal Boustead Cruise Centre di sini. Bahan bekalan yang disasarkan untuk mangsa perang saudara keturunan Rohingya di negeri Rakhine itu telah dimuatkan …