fbpx

SINAR4ROHINGYA: Bantuan Diagihkan Untuk Pelarian Yang Baharu Tiba Di Teknaf

SINAR4ROHINGYA: Bantuan Diagihkan Untuk Pelarian Yang Baharu Tiba Di Teknaf

SINAR4ROHINGYA: Bantuan Diagihkan Untuk Pelarian Yang Baharu Tiba Di Teknaf

TEKNAF, 28 Sep 2017 — Pasukan SINAR4ROHINGYA dari gabungan relawan HALUAN, MAPIM, Yayasan Amal Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim dengan kerjasama NGO tempatan dan pasukan tentera mula mengagih bantuan untuk pelarian Rohingya di Teknaf, tenggara Bangladesh.

Sebanyak 1,500 pek makanan telah diagihkan kepada pelarian-pelarian yang baharu tiba di Kem Balukhali, dengan dikawal selia oleh pasukan tentera Bangladesh menggunakan sistem kawalan kupon untuk setiap keluarga. Setiap pek bernilai kira-kira 1,000 Takka (RM54.00) dan mengadungi 10 kilogram beras, dua kilogram kacang dal, satu kilogram minyak masak, satu kilogram bawang dan satu paket garam masak.

Lebih 300,000 pelarian menumpang hidup di Balukhali, di mana tentera Bangladesh telah menyusun semula sebahagian besar kemah-kemah mereka untuk memudahkan pengurusan dan agihan bantuan. Beberapa NGO antarabangsa yang lain turut membuat agihan di kem tersebut.

Menurut Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr Baharudin Suri, pasukan SINAR4ROHINGYA turut membantu agihan di kem pelarian Purbupara yang berdekatan. “Sumbangan di kem Purbupara adalah dari rakyat Indonesia yang disalurkan melalui NGO mereka, termasuk Rumah Zakat Indonesia dan Nahdatul Ulamak,” terang beliau yang turut membantu di lapangan.

Teknaf terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Cox’s Bazar di tenggara Bangladesh. Ia bersempadan dengan wilayah Arakan, di mana masyarakat Rohingya lari menyelamatkan diri dari serangan tentera junta Myanmar.

Masyarakat prihatin Malaysia boleh terus menghulur bantuan melalui akaun berikut:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

Sila emel resit bayaran ke unit.kewangan@haluan.org.my dengan tajuk “Sinar4Rohingya”.


Laporan mediaHALUAN