fbpx

Relawan HALUAN bersama pasukan SINAR4ROHINGYA tiba di Cox’s Bazar

Relawan HALUAN bersama pasukan SINAR4ROHINGYA tiba di Cox’s Bazar

Relawan HALUAN bersama pasukan SINAR4ROHINGYA tiba di Cox’s Bazar

COX’S BAZAR, 27 Sep 2017 — Relawan-relawan NGO di bawah gabungan SINAR4ROHINGYA telah tiba di Cox’s Bazar di tenggara Bangladesh untuk menyampaikan amanah bantuan rakyat Malaysia kepada pelarian Rohingya yang baharu tiba dari wilayah Rakhine.

Pasukan pertama ini melibatkan relawan dari HALUAN, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, MAPIM dan Yayasan Amal Malaysia. HALUAN diwakili oleh Ketua Biro Misi Kemanusiaan, Dr Baharudin Suri, dan relawan Ahmad Fatihin Fuzi.

Sejumlah RM200,000 daripada sumbangan masyarakat prihatin Malaysia akan diagihkan, melibatkan bantuan berbentuk pakej makanan, tempat kediaman, kit kebersihan diri dan tandas. Sasaran agihan adalah untuk pelarian yang baharu tiba di Kem Thankali, Balukhali, Kutupalong dan Teknaf.

Menurut Dr Baharudin, HALUAN bertanggung jawab mengagihkan kit kebersihan diri. “Kami akan berurusan dengan pihak berkuasa Bangladesh bagi memastikan bantuan sampai kepada sasaran secara tersusun, di samping mematuhi polisi atau peraturan yang telah ditetapkan,” kata beliau.

Kempen SINAR4ROHINGYA telah dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Husammuddin Yaacob, pada 8 September lalu.

Masyarakat Malaysia boleh terus membantu mangsa kezaliman junta tentera Mynamar ini melalui akaun berikut:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

Emailkan resit bayaran ke unit.kewangan@haluan.org.my dibawah nama

Sinar4Rohingya | Solidarity For Humanity

sinar4rohingya

Laporan mediaHALUAN