Pameran Misi Kemanusiaan di Politeknik

Pameran Misi Kemanusiaan di Politeknik

Pameran Misi Kemanusiaan di Politeknik

ULIM, 18 Sept 2017 — HALUAN dengan motto, “Berakhlak, Mendidik & Berbakti” sentiasa peka dan aktif dalam menyantuni isu kemanusiaan di dalam dan di luar negara sama ada bersendirian atau bekerjasama dengan organisasi lain.

Sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim baru-baru ini, HALUAN dengan kerjasama sukarelawan terdiri daripada Pusat Dakwah & Tarbiah Al-Jazari, di bawah bimbingan Ust Iruwan Idris dari politeknik berkenaan telah mengendalikan booth Pameran Misi Kemanusiaan sepanjang Pesta Konvo tersebut dari 16 ke 19 September. Tabung statik untuk Bantuan Pelarian Rohingya juga diadakan dengan kutipan sebanyak RM930.

HALUAN dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Politeknik Sultanah Bahiyah, Mej. (K) Mohd Noor Bin Shahudin dan semua mereka yang telah menyokong usaha murni ini.

_
Laporan oleh Ketua Biro Misi Kemanusiaan
Cawangan Pulau Pinang

Spread the news! ‘Like’ and 'Share'
Visit Us
Whatsapp