fbpx

KENYATAAN MEDIA: HALUAN dan Yayasan Amal Bantu Projek Mikro Ekonomi Dan Bina Telaga Tiub di Kem Pelarian Rohingya

KENYATAAN MEDIA: HALUAN dan Yayasan Amal Bantu Projek Mikro Ekonomi Dan Bina Telaga Tiub di Kem Pelarian Rohingya

KENYATAAN MEDIA: HALUAN dan Yayasan Amal Bantu Projek Mikro Ekonomi Dan Bina Telaga Tiub di Kem Pelarian Rohingya

Untuk Siaran Segera,
Mei 11, 2017

1) LAPAN relawan Malaysia selamat tiba di KLIA awal pagi ini setelah berada di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh, bagi melaksanakan projek bantuan susulan Misi Food Flotilla For Myanmar Februari lalu serta kesinambungan misi-misi bantuan kemanusiaan yang dilakukan sebelum ini. Mereka adalah

Sukarelawan HALUAN
i. Abd Basir Abd Ghani, 51 tahun
ii. Aiman As’ad Mohd Ghani, 31 tahun
iii. Mohamed Semail, 62 tahun

Sukarelawan Yayasan Amal
i. Jamuliddin Elias, 54 tahun (Timbalan Presiden Yayasan Amal)
ii. Norazman Ishak, 44 tahun
iii. Mahmudin Mohd Yusoff, 65 tahun
iv. Muhtar Harun, 61 tahun
v. Maheran Puteh, 58 tahun

2) Mereka berada di Cox’s Bazar selama lima hari sejak 5hb Mei lalu. Perlaksanaan misi bantuan ini dibantu oleh sebuah NGO Bangladesh, Al-Eman Charity Foundation Bangladesh.

3) Misi bantuan ini memberi tumpuan kepada kawasan penempatan pelarian Rohingya di Bangladesh terutamanya di Teknaf, Cox’s Bazar dan Chittagong. Lebih 70,000 penduduk berbangsa Rohingya di Maundaw di utara Rakhine, Myanmar, terpaksa menyabung nyawa dalam keadaan sehelai sepinggang demi mencari perlindungan di Bangladesh apabila krisis memuncak pada bulan Oktober 2016 lalu. Kehidupan di tempat baharu itu sangat perit dan mengharukan, tetapi setidak-tidaknya nyawa mereka terselamat.

4) Menurut badan PBB bagi hal ehwal pelarian, United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), sejak peristiwa keganasan dan serangan penghapusan etnik bermula di Myanmar, angka pelarian Rohingya kini melebihi satu juta orang. Sebagai negara jiran terdekat, Bangladesh terpaksa menampung lebih 500,000 pelarian di beberapa buah kem dan kawasan terbuka di sempadan Myanmar seperti Cox’s Bazaar, Teknaf dan Chittagong.

5) Dengan tahap sosio-ekonomi negara Bangladesh yang rendah, pelarian terpaksa melalui fasa kehidupan yang amat susah dan hanya bergantung kepada bantuan UNCHR dan NGO antarabangsa. Dengan keadaan sedemikian, kehidupan mereka amat jauh ketinggalan dari segi kesihatan, pendidikan dan sosio-ekonomi, seakan tidak mempunyai masa depan.

6) Berikut adalah projek bantuan yang berjaya dilaksanakan dalam misi kali ini:

  • Bantuan ekonomi kos sederhana bernilai RM20,000 memulakan perusahaan membuat batu blok. Selain daripada memberi peluang pekerjaan dan membantu pelarian Rohingya berdikari, pulangan projek juga digunakan untuk membiaya pengurusan sekolah agama dan pendidikan asas kepada anak-anak pelarian.
  • Pembinaan 15 buah telaga tiub bernilai RM13,500 bagi membekal sumber air bersih. Setiap telaga boleh membekal air untuk kegunaan harian dari 30 hingga 40 keluarga.
  • Mengagih bantuan kebajikan, makanan asas dan penjagaan kesihatan bernilai RM7,500 khas untuk 300 keluarga pelarian yang baharu tiba di Bangladesh.

7) HALUAN akan terus bekerjasama dengan Yayasan Amal dan NGO tempatan untuk membantu masyarakat Rohingya. Antara lain, misi bantuan akan datang adalah seperti berikut:

  • Bantuan pek makanan di bulan Ramadan,
  • Projek mikro-ekonomi makanan asas seperti kilang roti dan makanan ringan, dan
  • Pembinaan dan pembiayaan pusat pendidikan untuk anak-anak pelarian Rohingya.

8) HALUAN prihatin terhadap isu pelarian Rohingya sejak tahun 2012, di mana ia telah terlibat dalam kerjasama NGO antarabangsa termasuk dalam kempen demonstrasi aman dan solidariti ummah, serta penghantaran bantuan kemanusiaan dan perubatan di Arakan. HALUAN turut menyalurkan bantuan untuk pelarian Rohingya yang menumpang di Malaysia. Februari lalu, dua orang relawan HALUAN telah menyertai misi bantuan pelayaran Food Flotilla For Myanmar bersama gabungan NGO Malaysia untuk menghantar lebih 2,000 tan bantuan untuk masyarakat Rohingya di Myanmar dan Bangladesh.

Peranan HALUAN

HALUAN sejak 2012 telah berkerjasama dengan beberapa buah NGO Kemanusiaan lokal dan antarabangsa untuk menyantuni mangsa dengan memberikan bantuan kemanusiaan kepada kaum Rohingya di Arakan dan juga pelarian Rohingya di Malaysia. HALUAN akan bersama menjayakan Food Flotilla For Rohingya seperti yang dirancang oleh gabungan NGO Malaysia.

Di dalam negara, HALUAN telah menyalurkan bantuan kebajikan kepada lebih 250 individu dan keluarga pelarian Rohingya yang baru tiba di sekitar Lembah Kelang serta di negeri Kedah. Fokus HALUAN seterusnya ialah memberikan pendidikan tersusun kepada anak-anak Rohingya di Malaysia di peringkat pendidikan menengah dan latihan kemahiran.

Untuk maklumat tambahan, sila hubungi:
Dr. Baharudin Suri, Ketua Biro Misi Kemanusiaan
+60197559169
info@haluan.org.my

Untuk sumbangan kewangan membantu mangsa, sila guna akaun:

Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank
5622 6350 2611