fbpx

Perak Lancar Kursus Asas Misi Kemanusiaan

Perak Lancar Kursus Asas Misi Kemanusiaan

Perak Lancar Kursus Asas Misi Kemanusiaan

IPOH, 12 Mac 2017 — Seramai 43 orang peserta telah hadiri Kursus Asas Kemanusiaan dan Kesukarelawanan di sini anjuran Biro Misi Kemanusiaan HALUAN Perak dengan kerjasama Kelab Belia Haluan Ipoh (KBHI) pada 11 Mac.

Kursus di dewan Sekolah Rendah Al-Ihsan (SERI) itu disertai relawan dan pasukan KBHI Crew sendiri. Program bermula pada pukul 9.30 pagi dengan bacaan Al-Quran oleh Encik Abdullah Syahid Zul Safaruddin diikuti ucapan aluan oleh Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN Perak, Encik Muhammad Ridhwan Abdul Rahman.

Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr. Baharuddin Suri telah menerangkan kepada peserta tentang latar belakang HALUAN dan pengenalan tentang fungsi dan objektif Biro Misi Kemanusiaannya. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau dalam pelbagai misi kemanusiaan dan kesukarelawanan serta menyentuh tentang kepentingan semangat sukarela dalam menjalankan misi dan prinsip-prinsip kesukarelawanan.

Encik Jamli Muda selaku Setiausaha Biro Misi Kemanusiaan HALUAN banyak menekankan tentang realiti kawasan bencana dan teknik-teknik misi kemanusiaan. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau dalam mengurus kawasan bencana dan teknik-teknik berurusan dengan mangsa bencana dan pihak berwajib. Program diteruskan dengan sesi soal-jawab serta pandangan dan cadangan.

Kursus berakhir dengan penyampaian sijil kepada peserta seterusnya cenderahati kepada penceramah dan sesi bergambar kenangan.


Laporan Urusetia Kursus KBHI