fbpx

Serahan Tajaan Halakat Al-Quran Anak Gaza

Serahan Tajaan Halakat Al-Quran Anak Gaza

Serahan Tajaan Halakat Al-Quran Anak Gaza

GAZA, 26 Apr 2017 — HALUAN telah menyerahkan sumbangan masyarakat prihatin Malaysia bagi menaja halakat al-Quran anak-anak Gaza di Masjid Lama Al-Ajmi di sini, untuk bulan April 2017.

Setiap tahun, Semenanjung Gaza melahirkan ribuan huffaz melalui kem-kem hafazan dan halakah al-Quran. Dengan program seperti ini, mereka dapat membentuk generasi yang berilmu, berakhlak baik dan bersemangat tinggi dalam menghadapi kezaliman zionis Israel yang mengancam mereka setiap detik. Pada masa yang sama, anak-anak ini dapat mengelakkan diri daripada ancaman serangan moral perancangan pihak zionis yang sengaja mengedar dadah dan mempromosikan budaya kuning kepada golongan muda Palestin dengan harapan pegangan agama mereka menjadi longgar, lemah dan mudah mengalah.

Dengan tewasnya akhlak orang muda Gaza, zionis bercita-cita untuk menguasai semula keseluruhan wilayah Palestin dengan lebih mudah. Musuh mengetahui bahawa iman dan takwa yang kental melalui asuhan hafazan Al-Quran seperti inilah yang menjadi benteng kuat yang zionis gagal tembusi hingga ke hari ini. Maka tidak hairanlah usaha melahirkan para huffaz daripada kalangan umat Islam di Gaza ini amat sangat digeruni oleh pihak Israel.

Bagi anda pembaca artikel ini, syabas kami ucapkan di atas sumbangan dan doa anda. Semoga Allah menggandakan kebaikan kepada anda yang pemurah serta keluarga anda yang membantu anak-anak yang cekal bertahan dalam serba kepayahan di bumi barakah Palestin ini, bagi pihak kita umat Islam di Malaysia.

Teruskan derma anda untuk kami membantu rakyat Palestin di Gaza dan di Tebing Barat. Masukkan sumbangan anda secara berkala ke:

TABUNG PALESTIN HALUAN
BIMB: 14-023-01-0034292
Maybank: 5644 9020 8528


Laporan unit media, Biro HALUAN Palestin