fbpx

Bantuan Warmth 2016 Untuk Syria Mula Diagih

Bantuan Warmth 2016 Untuk Syria Mula Diagih

Bantuan Warmth 2016 Untuk Syria Mula Diagih

AMMAN, JORDAN, 23 Januari, 2016 — Sebanyak 350 buah keluarga yang melibatkan 1,750 orang pelarian Syria sekitar Jordan akan mendapat bantuan musim sejuk bagi tahun 2016 yang diagihkan oleh HALUAN dan Hands to Syria UTM dengan kerjasama Islamic Centre Charity Society (ICCS), sebuah NGO tempatan Jordan.

Misi bantuan warmth yang bermula 22 Januari lepas mula diagihkan di kawasan perumahan Karamah, Amman yang menempatkan 70 buah keluarga pelarian Syria. Agihan bantuan berbentuk makanan asasi dan selimut diagihkan kepada setiap keluarga. Bantuan kesihatan turut diberikan kepada klinik di kawasan tersebut untuk mereka dapat terus beroperasi.

Menurut ketua misi bantuan HALUAN, Encik Mohd Mukhlis Mohd Nasri, “Selain bantuan diberikan kepada setiap keluarga Syria yang terdapat di Karamah, team HALUAN dan Hands to Syria UTM bersama para mahasiswa Jordan juga turut serta memeriahkan majlis bersama anak-anak pelarian dengan persembahan daripada mereka serta pemberian hadiah mainan bagi menghiburkan mereka.”

Rata-rata pelarian Syria yang mendapat bantuan daripada rakyat Malaysia menyatakan rasa syukur dan terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang terutama dalam kempen Warmth for Syria yang dilancarkan oleh pihak HALUAN.

Pasukan misi bantuan Syria 2016 yang diwakili oleh relawan HALUAN, Encik Mohd Mukhlis bersama lima relawan yang lain daripada Hands to Syria UTM akan meneruskan agihan bantuan kemanusiaan musim sejuk di kawasan yang lain sekitar Jordan.

Teruskan menyumbang bagi meringankan beban pelarian Syria yang menjadi mangsa konflik perang saudara. HALUAN juga mengalu-alukan mana-mana badan kerajaan, swasta, surau, masjid dan institusi pendidikan untuk menjemput kami untuk berkongsi pengalaman dan memberi penerangan tentang isu kemanusiaan Syria.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:
✔Hotline: +601114193929 (Call/SMS/Whatsapp) – 24jam
✔Phone: +60389268892
✔Fax: +60389266892
✔Email: info@haluan.org.my


Sumbangan ikhlas tuan-puan kepada mereka yang memerlukan boleh disumbangkan melalui:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

*Sila emel slip/resit sumbangan [Warmth4Syria] ke unit.kewangan@haluan.org.my

Semoga sumbangan anda dirahmati Allah SWT.

‎yourhandtheirhope‬

‎Warmth4Syria‬

‎SaveTheChildrenOfSyria‬‬‬‬


Laporan Mohd Mukhlis Mohd Nasri