fbpx

Posts by: admin

BHF Negeri Sembilan Santuni Kaum Cina 

BHF Negeri Sembilan Santuni Kaum Cina 

SEREMBAN, 3 Feb 2022  –  Biro HALUAN Fitrah (BHF) cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan program menyantuni masyarakat cina di sekitar Sikamat, Seremban sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2022 lepas. Program berkenaan disempurnakan  dengan kerjasama erat daripada Pusat Dakwah Islamiah negeri, dan dibantu oleh MPKK Jalan Sikamat. Objektif program adalah untuk membina hubungan silaturrahim antara sasaran …

Penyampaian Sumbangan Yayasan Hasanah

Penyampaian Sumbangan Yayasan Hasanah

SHAH ALAM, 28 Jan 2022 – Seramai 419 orang pelajar telah menerima bantuan wang tunai sebanyak RM100 beserta buku kerja dan alatan tulis. Mereka yang telah menerima bantuan terdiri daripada pelajar yang terkesan akibat banjir besar yang melanda daerah di Selangor Januari lepas merangkumi pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Sekolah Rendah …

Guru RCEC Jalani ‘Training for Teachers’

Guru RCEC Jalani ‘Training for Teachers’

SHAH ALAM, 27 Jan 2022 – Seramai 10 orang guru-guru Rohingya Community Educare Center (RCEC)telah menyertai latihan ‘Training for Teachers’ selama tiga hari bermula 24 Januari lepas di Shah Alam.Latihan tersebut dijalankan sebelum sesi persekolahan RCEC tahun 2022 yang bermula pada awal Februari. Kursus “Behaviour Management” yang berakhir pada 27 Januari itu antara lainnya bertujuan …

Persatuan Mahasiswa Kelantan UM Bantu Misi Banjir

Persatuan Mahasiswa Kelantan UM Bantu Misi Banjir

SUNGAI DUA, BENTONG, 22 Jan 2022  –  Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMK), Universiti Malaya menyertai kerja kesukarelawan misi banjir di Sungai Dua digelar program ‘Gotong-Royong Tautan Kasih’. Pengarah program persatuan tersebut, Cik Nur Azreen Aleesa Azani yang merupakan pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun dua terlebih dahulu menyusun gerak kerja untuk bekerjasama dengan HALUAN.  Objektif kerjasama dalam …

HALUAN Sampaikan Bantuan Kepada Pelajar Sekolah Mangsa Banjir di Hulu Langat

HALUAN Sampaikan Bantuan Kepada Pelajar Sekolah Mangsa Banjir di Hulu Langat

HULU LANGAT, 12 Januari 2022 — HALUAN menyampaikan bantuan kepada pelajar-pelajar terpilih dari kalangan keluarga B40 yang terkesan dalam musibah banjir di sekitar Hulu Langat baru-baru ini, untuk meringankan beban mereka berhadapan dengan sesi baharu persekolahan. Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, berkesempatan menyantuni warga sekolah serta menyerahkan bantuan kepada para pelajar di Sekolah …

HALUAN Bersihkan Lumpur di Rumah Warga Cina

HALUAN Bersihkan Lumpur di Rumah Warga Cina

SUNGAI DUA, BENTONG, 10 Jan 2022 – Seluruh perkampungan Cina bagaikan kehairanan. Sekumpulan pemuda-pemudi Melayu seramai 17 orang tiba-tiba muncul di hadapan rumah mereka semalam untuk membantu mengeluarkan lumpur hitam berbau yang melanda seluruh rumah di perkampungan Sungai Dua semasa bencana banjir besar yang melanda seluruh negara pada penghujung bulan lepas. Perkampungan kecil masyarakat Cina …

Generasi Muda Warnai Kepelbagaian Dalam Membantu Mangsa Bencana Banjir

Generasi Muda Warnai Kepelbagaian Dalam Membantu Mangsa Bencana Banjir

BENTONG, 1 Jan 2022 — Setiap kejadian mahupun musibah yang menimpa membawa bersamanya peluang-peluang untuk berinteraksi dan menjalinkan persahabatan dengan orang-orang yang berbeza dari anda! Seramai lapan sukarelawan generasi muda mewakili HALUAN cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menjayakan misi bantuan bagi mengagih sumbangan kepada penduduk yang terkesan banjir di Kampung Sungai Dua, di …

Kerjasama HALUAN dan PDRM Luaskan Jangkauan Bantuan Untuk Mangsa Banjir

Kerjasama HALUAN dan PDRM Luaskan Jangkauan Bantuan Untuk Mangsa Banjir

SEPANG, 3 Jan 2022 — Semangat kerjasama HALUAN dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Misi Bantuan Banjir Monsun Timur Laut (MTL) berjaya meluaskan lagi jangkauan agihan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Di samping bekerjasama mengagih bantuan untuk masyarakat, HALUAN juga menghulurkan bantuan kepada keluarga anggota PDRM yang turut menjadi mangsa dalam bencana ini. Menurut Pengarah Operasi …

Belia Pasca Pandemik – Baris Hadapan Pencetus Pembaharuan

Belia Pasca Pandemik – Baris Hadapan Pencetus Pembaharuan

BANDAR BARU BANGI, 27 Nov 2021 – KOBAR semangat melalui atas talian – julung kali pertemuan cendekiawan muda berdiskusi mengenai masa depan mereka. Biro Pemuda HALUAN menganjurkan konvensyen tahunan Konvensyen Belia Relawan HALUAN (KOBAR)  dengan bertemakan slogan “Belia Sebagai Frontliner Norma Baharu” pada 27 November 2021.  Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, KOBAR 2021 diadakan secara atas …

Hadiah Ayam Goreng Sempena Deepavali

Hadiah Ayam Goreng Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR, 4 Nov 2021 – Pemuda-pemudi Biro HALUAN Fitrah (BHF) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah menyertai misi mahabah penghadiahan pek makanan berupa ayam goreng Kentucky Fried Chicken kepada mualaf dan masyarakat bukan Islam B40 sambil menjalin pertalian sejagat bersama golongan tersebut sempena Hari Deepavali yang jatuh pada 4 November lepas. Penggerak program terdiri …