fbpx

Kerjasama HALUAN dan PDRM Luaskan Jangkauan Bantuan Untuk Mangsa Banjir

Kerjasama HALUAN dan PDRM Luaskan Jangkauan Bantuan Untuk Mangsa Banjir

Kerjasama HALUAN dan PDRM Luaskan Jangkauan Bantuan Untuk Mangsa Banjir

SEPANG, 3 Jan 2022 — Semangat kerjasama HALUAN dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Misi Bantuan Banjir Monsun Timur Laut (MTL) berjaya meluaskan lagi jangkauan agihan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

Di samping bekerjasama mengagih bantuan untuk masyarakat, HALUAN juga menghulurkan bantuan kepada keluarga anggota PDRM yang turut menjadi mangsa dalam bencana ini.

Menurut Pengarah Operasi Bantuan Banjir Monsun Timur Laut HALUAN, Mohd Jamil Muda, pihak PDRM telah membantu HALUAN dalam meluaskan kawasan bantuan kepada mangsa mangsa banjir yang memerlukan. “Alhamdulillah, dengan bantuan PDRM kita dapat mengenal pasti kawasan mangsa-mangsa yang belum mendapat bantuan,” kata beliau. “Anggota PDRM sibuk menjalankan tugas dan membantu masyarakat sedangkan pada masa yang sama keluarga mereka sendiri turut menjadi mangsa bencana. Mereka juga sangat memerlukan bantuan.”

Sebelum ini bantuan telah diagihkan kepada anggota-anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan IPK Kuala Lumpur. Menurut Mohd Jamil lagi, sebanyak 300 pek bawang dan kentang telah diserahkan kepada IPK Selangor dan 100 pek lagi kepada IPK Kuala Lumpur.

PDRM turut membantu mengagihkan bantuan ke beberapa buah kampung di sekitar Hulu Langat, Dengkil dan Shah Alam. Di perkampungan Dusun Tua di Hulu Langat, Ketua Jabatan Cawangan Khas Polis Kontijen Kuala Lumpur, SAC Datuk Abu Samah Mohd. Noor, bersama isterinya turut bersama menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang belum menerima bantuan secukupnya.

“Di peringkat awal bencana banjir melanda, sukarelawan HALUAN telah membawa bantuan pek makanan siap dimasak dengan menaiki kayak, untuk dihantar ke Balai Polis Taman Sri Muda di Shah Alam. Alhamdulillah sedikit bantuan tersebut telah mencetus kerjasama yang sangat bermakna,” ungkap Mohd Jamil.

Tabung Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL)

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.


Laporan mediaHALUAN