fbpx

Guru RCEC Jalani ‘Training for Teachers’

Guru RCEC Jalani ‘Training for Teachers’

Guru RCEC Jalani ‘Training for Teachers’

SHAH ALAM, 27 Jan 2022 – Seramai 10 orang guru-guru Rohingya Community Educare Center (RCEC)
telah menyertai latihan ‘Training for Teachers’ selama tiga hari bermula 24 Januari lepas di Shah Alam.
Latihan tersebut dijalankan sebelum sesi persekolahan RCEC tahun 2022 yang bermula pada awal Februari.

Kursus “Behaviour Management” yang berakhir pada 27 Januari itu antara lainnya bertujuan mempersiapkan dan mendedahkan para guru pusat pembelajaran pelarian berkenaan ke arah mempersiapkan pelajar yang berkelayakan menduduki peperiksaan IGCSE. Peperiksaan ini merupakan antara alternatif bagi melayakkan pelajar Rohingya di Malaysia untuk melanjutkan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi di universiti dalam atau luar negara.

Semasa penutup program tersebut , Head of Partnership and PR daripada NAMA Foundation, Encik Md Ghani Ibrahim turut hadir dan memberikan ucapan. Beliau memberikan maklumbalas yang positif atas usaha HALUAN memberi peluang kepada guru-guru untuk meningkatkan kemampuan dalam pengajaran dan bimbingan kepada pelajar.

NAMA Foundation telah membiayai sepenuhnya kursus tiga hari ini dan akan terus membantu di masa hadapan terutamanya dalam pendidikan dan peningkatan taraf sosio-ekonomi warga Rohingya di Malaysia. Beliau malah turut menggalakkan agar HALUAN juga terlibat dalam projek yang akan dijalankan oleh NAMA bersama Universiti Taylors dalam bidang sosio-ekonomi bagi para wanita Rohingya terlibat dalam perniagaan secara kemahiran mahupun secara online.

HALUAN mengucapkan jutaan terima kasih kepada NAMA Foundation atas sokongan mereka di segi pendanaan dan moral kepada perjalanan dan pembangunan RCEC sejak ia mula ditubuhkan pada Oktober 2017. Kami mengharapkan agar kolaborasi antara NAMA Foundation dan HALUAN akan berterusan di masa-masa akan datang terutamanya dengan pembukaan lebih banyak RCEC mulai bulan Februari ini.

Anda juga berpeluang turut serta dalam penyantunan masyarakat terpinggir Rohingya. Dermalah melalui pautan di bawah:

Education for Rohingya Refugee Children in Malaysia

RM42,265 of RM120,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM200.00 One Time


Laporan Fatin Athirah Abdul Sani, Setiausaha Kerja Biro Misi Kemanusiaan