fbpx

Posts by: admin

Bengkel Misi Kemanusiaan di Thailand

Bengkel Misi Kemanusiaan di Thailand

PATTANI, THAILAND, 17 Dis 2022 – Lima peserta daripada HALUAN berpeluang menyertai Humanitarian Workshop selama tiga hari di University Fatoni di sini. Mereka antara peserta wakil NGO dari Indonesia, Filipina dan Thailand sendiri. Bengkel bermula pada 15-17 Disember itu telah dianjurkan oleh SouthEast Asia Humanitarian Committee (SEAHUM).  Bengkel bertujuan menajamkan kemampuan pengurusan misi bencana dan …

Menteri Berjumpa NGO Rakan NADMA

Menteri Berjumpa NGO Rakan NADMA

PUCHONG, 16 Dis 2022 – Satu sesi perjumpaan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Amrizan Mohd Ali dengan Rakan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) telah berlangsung , di Markas Pasukan SMART, Puchong, Selangor pagi semalam. Majlis yang disertai 72 rakan-rakan daripada 36 kumpulan NGO itu turut dihadiri …

Menadah Tabung Dapur Rahmah Untuk Palestin

Menadah Tabung Dapur Rahmah Untuk Palestin

BANDAR BARU BANGI, 16 Dis 2022 – HALUAN terus berbakti kepada 200 keluarga Palestin yang miskin di Gaza dengan projek Dapur Rahmah. Projek ini bertujuan  mengurangkan beban kehidupan dan memberikan makanan yang seimbang kepada keluarga miskin di sana. Sebanyak RM80,000 disumbangkan setiap tahun bagi memastikan Dapur Rahmah dapat beroperasi setiap bulan. Kos dana operasi ini …

Kunjungan Hormat Dari Filipina

Kunjungan Hormat Dari Filipina

BANDAR BARU BANGI, 5 Dis2022 – HALUAN telah menerima kunjungan hormat rombongan dari Cotabato, Mindanao, Filipina. Rombongan seramai 19 orang itu diketuai oleh Madam Dulia Dandalanin Sultan. Beliau merupakan isteri kepada Datuk Bandar Pikit Cotabato, Mindanao.  HALUAN terlibat secara langsung dalam misi kemanusiaan di wilayah itu. Kunjungan pertama kali ini juga merupakan kunjungan balas atas  …

Fasi Puteri Orang Asli Kendali Program Edu Banun

Fasi Puteri Orang Asli Kendali Program Edu Banun

TASIK BANDING, PERAK,  27 Nov 2022 – Pihak urusetia Program Edu Banun bertujuan mendidik masyarakat orang asli yang buta huruf berpuas hati dapat  mengendalikan pelajaran tiga kali seminggu setelah tamat wabak COVID-19.  Pengajaran asas itu bertujuan mendidik anak-anak kecil orang asli di Kampung Air Banun di sini dengan ilmu asas membaca, menulis dan mengira. Yang …

HALUAN Sambung Semula Projek Edu Banun  

HALUAN Sambung Semula Projek Edu Banun  

TASIK BANDING, PERAK,  8 Okt 2022 — HALUAN cawangan Pulau Pinang telah meneruskan semula projek Program Pembangunan Minda Edu Banun (PPMEB) selepas lebih dua tahun program Edu Banun secara berdepan dihentikan disebabkan pandemik COVID-19. Projek sulung ini telah dilaksanakan di Kampung Air Banun di sini, salah sebuah kampung tertua dalam kluster Rancangan Penempatan Semula orang …

Bantuan Kotak Makanan Mangsa Banjir Pakistan

Bantuan Kotak Makanan Mangsa Banjir Pakistan

KARACHI, 4 Okt 2022  –  Banjir besar yang melanda Pakistan Jun 14 lepas telah membunuh lebih 1,600 manusia, mengakibatkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal, kerosakan tempat tinggal dan ladang tanaman, serta kehilangan binatang ternakan yang menjadi sumber makanan dan pendapatan kepada mereka.  Kebanyakan mereka yang terselamat kini tinggal di khemah-khemah sementara yang amat dhaif. Ada …

Pengiktirafan Untuk HALUAN di Sabah

Pengiktirafan Untuk HALUAN di Sabah

KOTA KINABALU, 3 Okt 2022 –  Bengkel Libat Urus Proses Pemantauan Hak Asasi Manusia Bagi NGO di Sabah, anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Oktober turut diwakili oleh YDP dan Timbalan YDP HALUAN Cawangan Sabah. Bertempat di Hotel RAIA Kota Kinabalu Sabah, bengkel tersebut dirasmikan oleh YBhg. SS. Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz …

Sambutan 55th Asean Day Untuk Kemanusiaan

Sambutan 55th Asean Day Untuk Kemanusiaan

PUCHONG, 8 Ogos 2022 – Kementerian Luar Negara dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan majlis “55th ASEAN Day – Regional Humanitarian Efforts” di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), NADMA Pulau Meranti hari ini. HALUAN bersama beberapa NGO lain seperti Global Peace Malaysia (GPM), Mercy Malaysia, Malaysian Relief Agency (MRA), …

Ayuh Tawan Puncak Gunung Jerai

Ayuh Tawan Puncak Gunung Jerai

GURUN, KEDAH, 25 Jun 2022 – Pendokong kelab H1KERS bawah Biro Sukan dan Rekreasi HALUAN telah menganjurkan ekspedisi mendaki Gunung Jerai. Seramai 26 orang peserta dan 4 orang juru pandu telah menyertai ekspedisi ini. Ia  bermula dengan pengenalan oleh Pengarah Program,  Encik Mohd Diah Hamdan serta taklimat ringkas oleh ketua juru pandu, Encik Mohamad Harisan …