fbpx

HALUAN Sampaikan Bantuan Kepada Pelajar Sekolah Mangsa Banjir di Hulu Langat

HALUAN Sampaikan Bantuan Kepada Pelajar Sekolah Mangsa Banjir di Hulu Langat

HALUAN Sampaikan Bantuan Kepada Pelajar Sekolah Mangsa Banjir di Hulu Langat

HULU LANGAT, 12 Januari 2022 — HALUAN menyampaikan bantuan kepada pelajar-pelajar terpilih dari kalangan keluarga B40 yang terkesan dalam musibah banjir di sekitar Hulu Langat baru-baru ini, untuk meringankan beban mereka berhadapan dengan sesi baharu persekolahan.

Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, berkesempatan menyantuni warga sekolah serta menyerahkan bantuan kepada para pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Dusun Tua dan SK Dusun Nanding di sini, pagi tadi.

Ia merupakan sebahagian daripada sumbangan orang ramai dalam misi bantuan pemulihan pasca banjir, termasuklah untuk membantu anak-anak yang mengalami kehilangan dan kerosakan barangan keperluan persekolahan.

Di SK Dusun Tua, seramai 56 orang pelajar dari keluarga B40 telah menerima bantuan wang tunai RM100 setiap seorang. Menurut Guru Besar, Encik Asman Harun, kira-kira 290 orang murid dan 15 kakitangan sekolah tersebut terkesan dalam musibah banjir.

Sementara itu Guru Penolong Kanan (Pentadbiran) SK Dusun Nanding, Puan Masiah Faridah Rakmad, memaklumkan seramai 190 murid dan sepuluh staf sekolah tersebut turut terkesan akibat banjir baru-baru ini. HALUAN turut menyampaikan bantuan berbentuk set dapur masak kepada ibu bapa terjejas, melalui kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

HALUAN meneruskan misi bantuan fasa pemulihan pasca banjir dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerja Raya yang meneraju operasi bantuan di bawah Kluster Pemulihan Awal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Tabung Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL)

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.


Laporan oleh mediaHALUAN