fbpx

Posts by: admin

HALUAN Mendidik & Berbakti Kepada Anak Mangsa Banjir

HALUAN Mendidik & Berbakti Kepada Anak Mangsa Banjir

HALUAN yang terus bergerak aktif dalam bidang kebajikan dan pendidikan telah berkampung di Pekan bagi menghulurkan bantuan bagi membantu dan meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir di daerah Pekan sejak awal banjir pada 14 Disember 2007 sehingga ke hari ini. Menurut Yang Di Pertua HALUAN Cawangan Pahang, Tn Hj Ramli b. Ngah, aktiviti-aktiviti kebajikan yang disumbangkan oleh …

Relawan HALUAN Bantu Kerja Pemulihan & Pembersihan

Relawan HALUAN Bantu Kerja Pemulihan & Pembersihan

Hampir semua relawan-relawan HALUAN yang masih berkampung di Pekan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan dan pembersihan tempat-tempat kemudahan awam dan juga rumah kediaman mangsa-mangsa banjir. Hari ini, Khamis 27 Disember, seramai 17 orang relawan telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Kg Ubai. Manakala 25 orang relawan-relawan lain bertugas membersih bangunan dan kawasan sekolah di …

Hampir Semua Pusat Penempatan Banjir di Pekan Kini Ditutup

Hampir Semua Pusat Penempatan Banjir di Pekan Kini Ditutup

Alhamdulillah, keadaan banjir yang melanda daerah Pekan di Pahang kini semakin pulih. Ramai dari mangsa-mangsa banjir kini mula pulang ke rumah masing-masing, dan hanya tinggal beberapa buah pusat penempatan sahaja yang masih dibuka. Relawan-relawan HALUAN terus menabur bakti kepada mangsa-mangsa banjir. Sehingga tengahari tadi, empat orang relawan medik dari Kelab Kesihatan Haluan (KKH) telah mengadakan …

Presiden HALUAN Turun ke Pekan

Presiden HALUAN Turun ke Pekan

Selasa, 25 Disember 2007. Presiden HALUAN, Prof Madya Dr Abdullah Sudin telah menyertai relawan-relawan HALUAN di Pekan dalam memberi khidmat kepada mangsa-mangsa banjir. Dr Abdullah telah memulakan sesi bantuan hari tersebut dengan menyampaikan tazkirah Subuh kepada relawan-relawan HALUAN, yang kini berjumlah 50 orang. Selesai tazkirah tersebut, Urusetia bantuan banjir telah memberi taklimat terperinci kepada Dr …

Program Mesra HALUAN Bersama Mangsa Banjir

Program Mesra HALUAN Bersama Mangsa Banjir

Alhamdulillah, relawan-relawan HALUAN terus menabur bakti membantu mangsa-mangsa banjir di daerah Pekan, Pahang. Kini seramai 50 orang relawan HALUAN terus berkampung di Pekan, bersama-sama 4 orang relawan medik daripada Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) memberi pelbagai bentuk khidmat, termasuk rawatan perubatan, kerja-kerja pembersihan, kaunseling, dan aktiviti-aktiviti anak-anak. Pada hari Isnin 24 Disember, HALUAN telah mengadakan program …

Banjir di Kedah Semakin Surut

Banjir di Kedah Semakin Surut

Banjir yang melanda beberapa tempat di Kedah, termasuk daerah seperti Kubang Pasu, Sik, Padang Terap dan Baling kini hampir pulih. Menurut laporan koordinator bantuan banjir HALUAN Kedah, sdr Ahmad Sani bin Shahabuddin, banjir yang melanda negeri Kedah tidaklah besar, dan air kini semakin surut. Bagaimanapun, HALUAN Kedah telah bersiap-sedia menyediakan bantuan makanan dan keperluan asas …

50 Relawan HALUAN Berkampung di Pekan

50 Relawan HALUAN Berkampung di Pekan

Kini terdapat 50 orang relawan-relawan HALUAN sedang menabur bakti kepada mengsa-mangsa bencana banjir di daerah Pekan, Pahang. Mereka yang datang dari berbagai daerah di seluruh negara meneruskan bantuan medik dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan lain yang diadakan sejak awal musibah banjir melanda lagi. Sepanjang hujung minggu ini, HALUAN telah mengadakan aktiviti sukaneka di pusat penempatan IKM Pekan, …

Ayuh! Hulurkan Bantuan Anda

Ayuh! Hulurkan Bantuan Anda

Kini lebih seminggu mangsa-mangsa banjir menginap di penempatan-penempatan sementara di daerah Pekan. Sudah tentu mereka sangat berharap untuk kembali pulang ke kediaman masing-masing, meneruskan semula kehidupan seperti biasa. Bagaimanapun, mereka bakal berhadapan dengan banyak perkara – rumah yang rosak dan tidak boleh diduduki, barangan yang rosak dan musnah, tidak kurang pula yang hilang. Ibubapa pula …

HALUAN Kelantan menziarahi Keluarga Allahyarhamah Adik Nurul Iliana

HALUAN Kelantan menziarahi Keluarga Allahyarhamah Adik Nurul Iliana

Dr. Ariff mengetuai pasukan relawan HALUAN Kelantan seramai 5 orang menziarahi En. Wahab sekeluarga di rumahnya di Kg. Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. En. Wahab telah kehilangan puteri kesayangannya, adik Nurul Iliana, berusia 6 tahun yang menjadi mangsa korban banjir di Tanah Merah. Menurut cerita En. Wahab, Allahyarhamah Adik Nurul tergelincir di belakang rumahnya ketika …

Relawan Bersama Mangsa Banjir di Aidil Adha

Relawan Bersama Mangsa Banjir di Aidil Adha

Tahniah kepada relawan HALUAN yang tetap dan terus menabur bakti kepada penduduk daerah Pekan yang masih bergelumang dengan musibah banjir sejak lebih seminggu lalu, ketika umat Islam bergembira merayakan hari mulia Aidil Adha. Relawan medik masih berada di Kg Ketapang Hilir untuk memberi rawatan kepada lebih 40 orang mangsa banjir. Alhamdulillah relawan HALUAN juga telah …