fbpx

Ayuh! Hulurkan Bantuan Anda

Ayuh! Hulurkan Bantuan Anda

Ayuh! Hulurkan Bantuan Anda

Kini lebih seminggu mangsa-mangsa banjir menginap di penempatan-penempatan sementara di daerah Pekan.


Sudah tentu mereka sangat berharap untuk kembali pulang ke kediaman masing-masing, meneruskan semula kehidupan seperti biasa. Bagaimanapun, mereka bakal berhadapan dengan banyak perkara – rumah yang rosak dan tidak boleh diduduki, barangan yang rosak dan musnah, tidak kurang pula yang hilang. Ibubapa pula kini mula memikirkan keperluan anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan baru. Begitulah perasaan mereka secara umum.

Relawan HALUAN terus cuba mewujudkan suasana dan program-program kemasyarakatan bagi membantu mereka. Bagi anak-anak, aktiviti-aktiviti seperti sukan, sukaneka, kelas motivasi dan tayangan multimedia dapat sedikit sebanyak melahirkan keriangan kepada mereka. Bagi ibu-bapa, relawan HALUAN juga mengadakan sesi kaunseling, ceramah motivasi dan kelas-kelas al-Quran.

Seperti lazimnya dalam bencana sebegini, relawan daripada Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) memberikan khidmat rawatan medik kepada mangsa-mangsa.

HALUAN juga telah menyampaikan sumbangan barangan dapur seperti beras dan ikan kepada mereka yang berada jauh dari bandar Pekan, seperti Kg Temir dan Kg Acheh. Harus diingat, mereka akan lebih memerlukan bantuan apabila banjir mula surut nanti. Lebih-lebih lagi sesi sekolah yang akan bermula.

HALUAN sekali lagi menyeru dan merayu tuan/puan, muslimin dan muslimat untuk turut membantu mereka. Sama-sama kita hulurkan sebahagian dari apa yang kita ada. Anda juga boleh membantu menyebarkan maklumat ini kepada masyarakat setempat dengan menggunakan flyer yang disediakan oleh HALUAN. Klik di sini : Rayuan Bantuan Banjir untuk muat-turun flyer tersebut.