fbpx

Posts by: admin

Catatan Relawan HALUAN Melaka & Negeri Sembilan di Segamat

Catatan Relawan HALUAN Melaka & Negeri Sembilan di Segamat

Relawan-relawan HALUAN dari Melaka dan Negeri Sembilan telah menyertai Misi Kemanusiaan Bencana Banjir Johor (MKBBJ) di Segamat pada 15 dan 16 Disember 2007 yang lalu. Pasukan kami yang terdiri daripada 5 orang sukarelawan telah bertolak ke Segamat pada jam 09:00 pagi 15 Dis 2007. Dengan berbekalkan persediaan dalam tempoh kurang dari 24 jam, kami bertolak …

Rayuan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Rayuan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Kini lebih seminggu banjir melanda. Kita mula dapat melihat kesan yang menimpa mangsa – kesihatan, psikologi, harta-benda yang musnah, tidak dapat bekerja dan sebagainya. Relawan HALUAN menyarankan agar saudara/i prihatin semua dapat menggerakan usaha mengumpul bantuan, samada pakaian, lampin bayi, susu bayi mahupun kewangan. Keperluan-keperluan asas lain juga dijangka kritikal bila mereka mula pulang ke …

Keadaan di Pekan Tidak Berubah. Gerakkan Rayuan Masyarakat!

Keadaan di Pekan Tidak Berubah. Gerakkan Rayuan Masyarakat!

AlhamduliLlah, relawan-relawan HALUAN terus komited dengan tugas mereka “mendidik & berbakti” di bumi Pekan yang dilanda banjir. Petang semalam, relawan medik memberi khidmat di pusat pemindahan Sek Seri Maulana, di mana 500 orang mangsa ditempatkan. Di sebelah malam pula medik memberi rawatan kesihatan di Sek Men Keb Mahmud Mas, Pekan. Banyak permintaan untuk diadakan ceramah …

Catatan Perjalanan Ke Pekan

Catatan Perjalanan Ke Pekan

Kami bertolak dari  Bilik Gerakan Banjir HALUAN Pahang di Kuantan menuju ke Penor. Kawasan Penor sudah surut dari banjir. Untuk sampai ke Pekan, relawan perlu menaiki bot di Penor. HALUAN mendapat bantuan dari ATM & JPA3. Perjalanan akan menuju ke Kg Ubai, mengambil masa 45minit hingga 1 jam. Dari Ubai, kita boleh menaiki trak perkhidmatan …

Misi Banjir Terkini 18/12/2007

Misi Banjir Terkini 18/12/2007

Pusat Pemindahan Kg. Acheh mula dimasuki Dr Siti Mariam dan 3 orang relawan HALUAN. Rawatan diberikan adalah dari rumah ke rumah. Pusat Pemindahan Sek Sains SHAH kini telah menempatkan hampir 10 relawan dan peranan relawan di sini adalah memberi motivasi kepada kanak-kanak dan progam remaja berbentuk bengkel dan riadah kepada mangsa banjir yang kini paling …

Laporan HALUAN dari Pekan Pahang

Laporan HALUAN dari Pekan Pahang

Pasukan relawan HALUAN meneruskan khidmatnya di Pekan. Pada sebelah pagi, pasukan Medik yang diketuai oleh Dr. Asmarawati telah memberi perkhidmatan di Kg Ubai,Pekan bersama dengan 3 relawan yang lain. Manakala pasukan kedua yang diketuai oleh Sdr. Ramli Ngah bekerjasama dengan JKKK Kg. Pekan Lama bagi menguruskan Pusat Penempatan yang baru di buka di Sek Agama …

Maklumat Bilik Gerakan Banjir

Maklumat Bilik Gerakan Banjir

HALUAN mengalu-alukan sebarang sumbangan dari masyarakat prihatin untuk meringankan beban dan musibah yang melanda mangsa-mangsa banjir. Berikut adalah Bilik-bilik Gerakan Banjir yang boleh dihubungi: HALUAN Pusat KELANTAN PAHANG JOHOR Relawan-relawan HALUAN dan masyarakat prihatin yang ingin turut membantu boleh berhubung terus dengan koordinator di lokaliti berkenaan.

Relawan di Johor Terus Bergerak!

Relawan di Johor Terus Bergerak!

Relawan dari Wilayah Tengah, Kedah, Perak, Johor & KKH (Dr Suraya Ibrahim, Dr Noribah Upawi) berkhidmat di Tedong-Buloh Kasap dari 10:30 hingga 1:30pm. Bilangan keluarga mangsa adalah 38, dewasa lelaki seramai 181, wanita seramai 121 orang. Kanak-kanak 129 orang, bayi 14 orang. Seramai 28 orang telah menerima rawatan. Ketua kampung di sini adalah Hj Mohd …

Coretan Relawan di Kota Bharu

Coretan Relawan di Kota Bharu

Tempat: 1) Kampung Tok Puchong 2) Kampung Pulau Kundur 3) Kampung Kedai Buluh Hilir Tarikh: 15 Disember 2007 Hari: Sabtu Semua relawan HALUAN berkumpul di pejabat HALUAN Negeri Kelantan pada jam 9.30 pagi. Antara relawan Haluan yang terlibat dalam Misi Bantuan Bencana Banjir pada tahun ini ialah pasukan medik dari Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) yang …

Terkini Banjir: Sabtu 15 Disember ‘07

Terkini Banjir: Sabtu 15 Disember ‘07

Hujan lebat di pendalaman Kelantan menyebabkan keadaan banjir di negeri ini semakin buruk. Paras air di Sungai Golok kini berada di tahap bahaya dan semakin meningkat. Sehingga pukul 9 malam tadi, hampir 3500 orang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Kelantan. Sementara di Pahang, keadaan di beberapa tempat semakin buruk, terutamanya di daerah Pekan. Laluan …