fbpx

Keadaan di Pekan Tidak Berubah. Gerakkan Rayuan Masyarakat!

Keadaan di Pekan Tidak Berubah. Gerakkan Rayuan Masyarakat!

Keadaan di Pekan Tidak Berubah. Gerakkan Rayuan Masyarakat!

AlhamduliLlah, relawan-relawan HALUAN terus komited dengan tugas mereka “mendidik & berbakti” di bumi Pekan yang dilanda banjir.

Petang semalam, relawan medik memberi khidmat di pusat pemindahan Sek Seri Maulana, di mana 500 orang mangsa ditempatkan. Di sebelah malam pula medik memberi rawatan kesihatan di Sek Men Keb Mahmud Mas, Pekan. Banyak permintaan untuk diadakan ceramah kesihatan, memandangkan ramai yang tidak memberi perhatian kepada perkara tersebut.

Sementara relawan-relawan bukan medik bertumpu kepada program-program kaunseling, motivasi dan pendidikan anak-anak di SHAH.

Hari ini, rawatan kesihatan diadakan di Sek Keb Ketapang Hilir. Menurut tinjauan relawan HALUAN, masih banyak pusat-pusat pemindahan yang memerlukan bantuan.

Menurut ketua relawan HALUAN di Pekan yang juga merupakan Setiausaha HALUAN Pahang, Sdr Abd Bashir Abd Ghani, ramai mangsa kini memerlukan bantuan berupa pakaian, pampers bayi dan susu bayi (bantuan makanan asas lain cukup disediakan oleh pihak berkuasa.)

Oleh itu, sama-samalah kita menggerakkan kempen dan rayuan agar masyarakat tahu dan sedar keadaan saudara-saudara kita di Pekan ini.

Lepas aidil Adha nanti, bila air surut, InsyaAllah mereka akan pulang ke rumah. Tapi apa jadi dengan rumah dan harta mereka? Hampir semuanya akan menjalankan kitaran keperluan asas yang baru. Jadi kita harus bermula dari sekarang untuk berkempen, merayu agar mereka ini tidak diabaikan. Kalau kita mampu membantu mereka di Aceh, Pakistan, Sri Lanka, jangan pula kita tinggalkan tanggungjawab kita kepada tanahair kita ini. Jangan kita terlalu berharap kepada pihak berkuasa. Mereka mempunyai banyak hal lain – baiki jalan, bangunan, infastruktur dan sebagainya. Ayuh! sama-samalah kita berebut membuat kebajikan dan kebaikan. Carilah saham akhirat sebanyak yang boleh sementara diberi peluang oleh Allah. Kita belum tahu bila peluang sebegini akan datang lagi, atau sejauh mana lagi umur kita dapat bertahan.

InsyaAllah HALUAN Pahang akan berkunjung ke Kg Ubai esok untuk menjalankan ibadah qurban bersama mangsa-mangsa banjir. Semoga Allah permudahkan!