fbpx

Laporan HALUAN dari Pekan Pahang

Laporan HALUAN dari Pekan Pahang

Laporan HALUAN dari Pekan Pahang

Pasukan relawan HALUAN meneruskan khidmatnya di Pekan. Pada sebelah pagi, pasukan Medik yang diketuai oleh Dr. Asmarawati telah memberi perkhidmatan di Kg Ubai,Pekan bersama dengan 3 relawan yang lain. Manakala pasukan kedua yang diketuai oleh Sdr. Ramli Ngah bekerjasama dengan JKKK Kg.

Pekan Lama bagi menguruskan Pusat Penempatan yang baru di buka di Sek Agama Ampuan Fatimah.

Seramai 519 orang berpindah yang kebanyakaan dari Kg. Pulau Keladi. Relawan remaja HALUAN bekerjasama dengan para penghuni dalam menyediakan makanan tengahari. Di sebelah malam, remaja HALUAN telah mengadakan Kelas Al Quran untuk anak-anak di pusat tersebut.

Program dijalankan selepas Mahgrib di Masjid Sultan Ahmah Shah (Bersebelahan dengan pusat penempatan). Selepas isyak, satu tayangan multimedia kartun animasi kisah pemuda yang beriman, telah dipertontonkan bagi menghiburkan para mangsa khususnya anak-anak. Anak-anak merasa gembira dan bertanya-tanyakan program untuk mereka esok hari.