fbpx

Misi Banjir Terkini 18/12/2007

Misi Banjir Terkini 18/12/2007

Misi Banjir Terkini 18/12/2007

Pusat Pemindahan Kg. Acheh mula dimasuki Dr Siti Mariam dan 3 orang relawan HALUAN. Rawatan diberikan adalah dari rumah ke rumah.

Pusat Pemindahan Sek Sains SHAH kini telah menempatkan hampir 10 relawan dan peranan relawan di sini adalah memberi motivasi kepada kanak-kanak dan progam remaja berbentuk bengkel dan riadah kepada mangsa banjir yang kini paling ramai di bandar PEKAN seramai 1016 orang kesemuanya. KAGAT telah bersama-sama relawan HALUAN, majoriti dari keARAH, mengadakan program anak-anak di surau. Antaranya, HALUAN & KAGAT mengendalikan bengkel al-Quran dan solat.

Di Pekan juga, HALUAN menguruskan sebuah pusat penempatan di Sek. Agama Fatimah yang ada 600 orang mangsa banjir. Relawan seramai 5 orang ditempatkan di sana dengan mengadakan aktiviti seperti di atas.

Di Pekan, Kg Kemboja 6 relawan bertugas di sana.

HALUAN kini bekerjasama dengan Yayasan Tun Rahah dalam memberi khidmat rawatan di beberapa pusat-pusat pemindahan sekitar bandar Pekan.