fbpx

Relawan di Johor Terus Bergerak!

Relawan di Johor Terus Bergerak!

Relawan di Johor Terus Bergerak!

Relawan dari Wilayah Tengah, Kedah, Perak, Johor & KKH (Dr Suraya Ibrahim, Dr Noribah Upawi) berkhidmat di Tedong-Buloh Kasap dari 10:30 hingga 1:30pm.

Bilangan keluarga mangsa adalah 38, dewasa lelaki seramai 181, wanita seramai 121 orang. Kanak-kanak 129 orang, bayi 14 orang.

Seramai 28 orang telah menerima rawatan. Ketua kampung di sini adalah Hj Mohd Ali. Penghulu Buloh Kasap, En Mohd Zaidi, mencadangkan bantuan ke kawasan yang lebih ramai mangsa di Simpang Loi. Perjalan dengan trak askar dari 2:45pm, sampai 5:30pm. Dibawa oleh En Mohd Shah dari Tendong. 106 keluarga (382 orang) di sini. Ketua kampung di sini adalah Hj Sulaiman. Dengar taklimat dari ketua kampung. Beri rawatan perubatan. Berkenalan dan mendengar kisah-kisah pengalaman dari mangsa.

7:30pm terus bergerak ke Taman Suria dibantu pengerusi JK penduduk taman, En Juraimi Hasan. Ada 106 keluarga. Ceramah motivasi. Ditutup dengan persembahan silat oleh anak-anak.