fbpx

Program Mesra HALUAN Bersama Mangsa Banjir

Program Mesra HALUAN Bersama Mangsa Banjir

Program Mesra HALUAN Bersama Mangsa Banjir

Alhamdulillah, relawan-relawan HALUAN terus menabur bakti membantu mangsa-mangsa banjir di daerah Pekan, Pahang.


Kini seramai 50 orang relawan HALUAN terus berkampung di Pekan, bersama-sama 4 orang relawan medik daripada Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) memberi pelbagai bentuk khidmat, termasuk rawatan perubatan, kerja-kerja pembersihan, kaunseling, dan aktiviti-aktiviti anak-anak.

Pada hari Isnin 24 Disember, HALUAN telah mengadakan program “Mesra HALUAN” bersama-sama mangsa banjir di Kg Ubai. Program yang bermula dari solat maghrib berjamaah itu diikuti dengan sesi membaca surah Yaasin, solat hajat, tayangan video, kaunseling dan interaksi bersama-sama mangsa. HALUAN juga telah menyampaikan hadian-hadiah cenderahati kepada anak-anak yang turut menjadi mangsa banjir tersebut.

Sementara di bandar Pekan, aktiviti utama relawan HALUAN ialah mengadakan sukaneka untuk anak-anak yang menginap sementara di Sek Men Agama Tengku Ampuan Fatimah. Sesi tayangan video juga sempat diadakan di penempatan tersebut. Relawan juga mengadakan sesi rawatan perubatan dan kaunseling kepada penduduk-penduduk Kg Acheh.

Di pusat penempatan mangsa-mangsa banjir terbesar di Pekan, iaitu Sek Men Sains Sultan Ahmad Shah, relawan HALUAN telah mengadakan sesi mengajar al-Quran dan fardhu ‘ain kepada anak-anak dan remaja.

Menurut ketua relawan HALUAN di Pekan, Sdr Abd Bashir Abd Ghani, banjir kini semakin pulih. Semua laluan darat kini dibuka. Alhamdulillah keadaan begini memudahkan pergerakan relawan HALUAN. Walau bagaimanapun, mangsa-mangsa semakin memerlukan bantuan untuk kerja-kerja pemulihan dan pembersihan rumah, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain.