fbpx

Banjir di Kedah Semakin Surut

Banjir di Kedah Semakin Surut

Banjir di Kedah Semakin Surut

Banjir yang melanda beberapa tempat di Kedah, termasuk daerah seperti Kubang Pasu, Sik, Padang Terap dan Baling kini hampir pulih.


Menurut laporan koordinator bantuan banjir HALUAN Kedah, sdr Ahmad Sani bin Shahabuddin, banjir yang melanda negeri Kedah tidaklah besar, dan air kini semakin surut.

Bagaimanapun, HALUAN Kedah telah bersiap-sedia menyediakan bantuan makanan dan keperluan asas lain. Memandangkan situasi banjir di Kedah tidak begitu mendesak, sebahagian dari barangan bantuan tersebut akan di hantar ke daerah Pekan, Pahang. Tahniah kepada HALUAN Kedah yang sentiasa bersiap-sedia!