fbpx

HALUAN Kelantan menziarahi Keluarga Allahyarhamah Adik Nurul Iliana

HALUAN Kelantan menziarahi Keluarga Allahyarhamah Adik Nurul Iliana

HALUAN Kelantan menziarahi Keluarga Allahyarhamah Adik Nurul Iliana

Dr. Ariff mengetuai pasukan relawan HALUAN Kelantan seramai 5 orang menziarahi En. Wahab sekeluarga di rumahnya di Kg. Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan.


En. Wahab telah kehilangan puteri kesayangannya, adik Nurul Iliana, berusia 6 tahun yang menjadi mangsa korban banjir di Tanah Merah.

Menurut cerita En. Wahab, Allahyarhamah Adik Nurul tergelincir di belakang rumahnya ketika mencari beliau. Hampir semalaman beliau mencari anaknya dengan bantuan orang kampung , dan hanya keesokan hari, mayat anaknya diketemui. Beliau sekeluarga redha dengan pemergian anaknya sulungnya itu.

HALUAN Kelantan menyampaikan bantuan berupa barangan dapur dan sedikit sumbangan wang ringgit kepada En. Wahab. En. Wahab berasa terharu dengan keprihatinan HALUAN. Sebelum ini tidak ada mana-mana pihak yang datang menziarahi mereka untuk berkongsi rasa kesedihan yang dilalui. Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga En. Wahab.