Relawan Bersama Mangsa Banjir di Aidil Adha
Tahniah kepada relawan HALUAN yang tetap dan terus menabur bakti kepada penduduk daerah Pekan yang masih bergelumang dengan musibah banjir sejak lebih seminggu lalu, ketika umat Islam bergembira merayakan hari mulia Aidil Adha.
Relawan medik masih berada di Kg Ketapang Hilir untuk memberi rawatan kepada lebih 40 orang mangsa banjir.
Alhamdulillah relawan HALUAN juga telah bersama-sama merayakan Aidil Adha bersama-sama penduduk di Kg Ubai. Relawan telah menunaikan ibadah qurban dengan menyembelih seekor lembu sumbangan HALUAN Pahang. Penyembelihan telah disempurnakan oleh Dr Ismail, dengan bantuan penduduk Kg Ubai, tentera dan bomba.
Esok, Jumaat, dijangka pasukan relawan baru akan turut menyertai misi di Pekan ini. Selamat berbakti diucapkan kepada mereka. Semoga diberi kekuatan dan kejayaan.
Bagi mereka yang tidak dapat bersama membantu mangsa secara terus, harap kita sama-sama berusaha untuk mengumpul barang-barang keperluan untuk mangsa-mangs banjir. InsyaAllah sedikit usaha kita akan dapat memberi kekuatan dan kegembiraan kepada mereka. Didoakan semoga usaha kecil itu dirahmati dan diterima oleh Allah.