fbpx

50 Relawan HALUAN Berkampung di Pekan

50 Relawan HALUAN Berkampung di Pekan

50 Relawan HALUAN Berkampung di Pekan

Kini terdapat 50 orang relawan-relawan HALUAN sedang menabur bakti kepada mengsa-mangsa bencana banjir di daerah Pekan, Pahang.


Mereka yang datang dari berbagai daerah di seluruh negara meneruskan bantuan medik dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan lain yang diadakan sejak awal musibah banjir melanda lagi.

Sepanjang hujung minggu ini, HALUAN telah mengadakan aktiviti sukaneka di pusat penempatan IKM Pekan, ceramah-ceramah motivasi di Sek Keb Sinar Mutiara, kelas al-Quran di Sek Sains Sultan Ahmad Shah dan Sek Men Agama Tengku Ampuan Fatimah. Pasukan medik dari Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah memberi khidmat rawatan percuma di beberapa pusat penempatan, termasuk di Sek Keb Gancong.

Menurut ketua misi bantuan banjir di Pekan yang juga merupakan setiausaha HALUAN Pahang, Sdr Abd Bashir Abd Ghani, keadaan banjir di Pekan keseluruhannya semakin surut dan beberapa pusat pemindahan akan ditutup. Beliau menjangkakan fasa bantuan yang lebih penting akan bermula, di mana mangsa-mangsa banjir akan lebih memerlukan bantuan bila mereka pulang ke kediaman masing-masing. Justeru, beliau menyeru lebih ramai relawan HALUAN yang berfizikal kuat untuk turun membantu 50 orang relawan yang masih ada di Pekan.

Masyarakat prihatin diharap meneruskan usaha mendapatkan bantuan kepada mangsa-mangsa, samada berbentuk pakaian, peralatan sekolah, keperluan asas bayi dan sebagainya. Dapatkan flyer HALUAN di sini: Rayuan Bantuan Banjir untuk memudahkan usaha anda. Semoga sedikit usaha kita dapat membantu mereka yang berada dalam kesusahan.