HALUAN

Tugas Muslim Perbaiki Persepsi Non-Muslim

Tugas Muslim Perbaiki Persepsi Non-Muslim

fitrahjohor-01SKUDAI, JOHOR, 27 Jan 2014 – Kekeliruan dan salah maklumat mengenai Islam mengakibatkan terlalu banyak salah faham mengenai agama itu lantaran tercetusnya persepsi yang negatif di kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama. Kecelaruan yang berlaku mengenai maklumat umum tentang Islam dan sikap pasif atau agresif Muslim itu sendiri sering menakutkan penganut agama lain yang …

Perasaan Tanggungjawab Mentarbiyah Anak

Perasaan Tanggungjawab Mentarbiyah Anak

Perasaan tanggungjawab mesti mempunyai sumber, iaitu sumber tempat seseorang itu meneguk semangat dan memuaskan dahaganya. Kemudian, dia merasakan dan meyakini bahawa apa yang ia perbuat itu bermanfaat serta mempunyai nilai tersendiri. Adalah mustahil jika Allah SWT mencipta manusia, menempatkannya di muka bumi, dan mengutuskan para rasul kepada mereka dan menurunkan kitab-kitab suci, namun kemudiannya tidak …

Mengurus Sumber Manusia Dalam Organisasi Dakwah

Mengurus Sumber Manusia Dalam Organisasi Dakwah

Organisasi dakwah adalah organisasi yang mengumpulkan pelbagai lapis manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang baik dari segi personaliti, pendidikan, pekerjaan, umur dan sebagainya. Kepelbagaian manusia ini bukan untuk dikumpulkan untuk meramaikan bilangan ahli dalam organisasi dakwah semata-mata apalagi untuk dihalakan pada satu bidang kerja yang sama sahaja. Tetapi kepelbagaian manusia ini perlu diuruskan dengan baik …

Perlis Dahului Cerap Kesihatan Ahli

Perlis Dahului Cerap Kesihatan Ahli

perlis-01WANG MU, PERLIS, 15 Jan 2014 – HALUAN mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan program saringan kesihatan untuk ahli-ahlinya di negeri Perlis di Pusat Latihan dan Rekreasi Wang Mu di Padang Besar semalam. Program saringan tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dengan kerjasama ahli Sains Kesihatan HALUAN (SKH) dan Yayasan MATRI adalah bersempena sambutan …

Terampil Mengurus Dengan Kursus Kesetiausahaan

Terampil Mengurus Dengan Kursus Kesetiausahaan

BANDAR BARU BANGI, 19 Jan 2014 – Setiausaha merupakan individu yang amat penting dalam sesebuah organisasi. Mereka berperanan mengatur dan menyusun gerak kerja bagi memastikan perjalanan organisasi berjalan dan berkembang dengan baik. Memahami keperluan ini, Biro Latihan HALUAN memulakan tahun 2014 dengan menganjurkan Kursus Kesetiausahaan HALUAN (Siri 1). Kursus selama dua hari ini telah diadakan …

Futsal HALUAN Himpun 180 Pemain Muda

BANGI, 19 Jan 2014 – Bertemakan ‘Riadah Is Ibadah’, Kejohanan Futsal HALUAN Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Januari lepas. Seramai 180 orang pemuda yang mewakili 21 pasukan dari daerah-daerah di negeri Selangor telah berkumpul dan ‘berjuang’ mempamerkan kemahiran permainan yang hebat sambil memelihara ukhuwah di dalam gelanggang. Ternyata kejohanan ini berjaya menjadi …

Asrama HALUAN Penyayang Terima 27 Penghuni

Asrama HALUAN Penyayang Terima 27 Penghuni

ahp-01SHAH ALAM, 14 Jan 2014 – Sesi persekolahan 2014 yang bermula awal bulan ini menyaksikan pendaftaran seramai 27 orang murid di Asrama HALUAN Penyayang (AHP) yang merupakan anak-anak yatim dan miskin dari Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Sabah. Mereka terdiri daripada 17 lelaki dan 10 perempuan, berumur di antara tujuh ke 17 tahun. …

Keibubapaan Adalah Suatu Tanggungjawab Yang Besar

Keibubapaan Adalah Suatu Tanggungjawab Yang Besar

Salah satu anugerah Allah SWT yang sangat berharga kepada setiap pasangan suami isteri adalah anak. Semua ibu bapa muslim yang dikurniakan anak oleh Allah SWT berhajatkan agar anaknya menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah SWT, yang menta’ati-Nya dan memiliki akhlak terpuji. Anak yang soleh yang bukan saja kukuh hubungannya …

JDK 2013/14 Melabuh Tirai Dengan Gemilang

JDK 2013/14 Melabuh Tirai Dengan Gemilang

ULU YAM, 4 Jan 2014 – Di kelilingi kehijauan dan kesegaran flora dan fauna, jiwa anak-anak muda yang berkampung di Pusat Latihan Asnaf Zakat (PLAS), Lembaga Zakat Selangor penuh tersentuh apabila Kursus Jatidiri & Kesukarelawanan Remaja (JDK) 2013/14 peringkat Zon Tengah melabuhkan tirai. Begitu juga dengan empat zon yang lain di Terengganu, Johor, Perak dan …

Mencari Solusi Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup

Mencari Solusi Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup

Menjelang tahun 2020, Malaysia mengimpikan suatu cita-cita menjadi sebuah negara maju yang diiktiraf dunia dan setanding dengan negara-negara kuasa besar. Jolokan negara maju merupakan satu titik pencapaian yang sangat signifikan dalam perkembangan dunia hari ini dan ia menjadi kayu ukur utama daripada perspektif ekonomi. Namun begitu, aspek ekonomi bukanlah satu-satunya indikator (kayu ukur) yang digunakan …